PETALING JAYA, 26 Ogos — Jangan ingat restoran makanan segera sahaja ada menyediakan perkhidmatan pandu lalu, mesin juruwang automatik (ATM) juga ada!
Tanpa menyatakan lokasi tepat, perkara itu dinyatakan pengguna Twitter Kaizo apabila beliau memuat naik hantaran berserta foto dengan catatan “Aku ingatkan fast food (makanan segera) jer yang boleh drive thru (pandu lalu). Mesin ATM pun boleh.”
Namun, hantaran beliau kelmarin dikecam warga maya lain yang menyatakan perkhidmatan tersebut bukan perkara baru. Segelintir pengguna lain menyatakan kemudahan itu ada di Kota Damansara dan Setia Tropicana di Johor Baru (JB).
“Kat Setia tropika JB dah bertahun ada,” tulis pengguna Ishq Da One.
“Sebelum ini, ia pernah ada di Petronas Kota Damansara, McD (restoran McDonald) sekarang dahulunya ialah Maybank,” kata pengguna Md Shah Hamshah pula.
Bercakap kepada ProjekMM, pengulas sukan Tabah Sazwan Othman yang menetap di Kota Damansara mengesahkan ATM seumpama itu ada sejak hampir 10 tahun lalu.
“Dalam setahun dua ni dah ada (restoran) McDonald di situ, saya rasa ATM drive thru (pandu lalu) sebelum ini adalah yang pertama di Malaysia tak silap saya,” kata Tabah.
Mengakui ada kebaikan, beliau turut menyifatkan perkhidmatan sebegitu turut mengundang risiko kepada pengguna terutama pada waktu malam.
“Kebaikannya memang ada dari segi kemudahan untuk orang ramai ambil wang tanpa perlu turun dari kereta tapi dari segi keselamatan, saya rasa kita belum cukup.”
“Kita lihat sedangkan restoran makanan segera pun ada yang duduk menjaga kaunter, tapi mesin ATM pandu lalu ini tiada. Jadi ada risiko keselamatan ketika mengambil wang bagi golongan wanita,” katanya.
This is news? Its rubbish!
ReplyDeleteWhy do u see it as rubbish?
DeleteI believe for many, its quite a news and good info bro.. re- think😉