`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 21, 2019

Tajuddin kecam ahli Parlimen DAP hina Utusan

Tajuddin Abdul Rahman, RSN Rayer, Utusan, hina
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP RSN Rayer didakwa cuba menangguk di air yang keruh apabila menjadikan krisis kewangan yang dihadapi Utusan Melayu Berhad sebagai bahan untuk dieksploitasi.
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mendakwa, ahli Parlimen Jelutong itu cuba mencemuh Umno dengan mengambil kesempatan atas kesempitan yang dihadapi oleh Utusan.
“Ini politik dia untuk mencemuh Umno dan menunjukkan pula dia sebagai pembela dengan mencadangkan kepada kerajaan untuk membela warga Utusan.
“Ini semua politik dia. Jadi tak menghairankan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di kediamannya malam tadi.
Beliau diminta mengulas kenyataan Rayer yang menyifatkan nasib Utusan yang dikatakan bakal dihentikan penerbitannya sebagai “pencapaian terbesar Pakatan Harapan (PH) dalam membanteras perkauman”.
“Akhbar ini tidak memberi sebarang sumbangan kepada pembangunan dan perpaduan negara sejak merdeka,” katanya sambil mencadangkan kerajaan menawarkan “pekerjaan alternatif” kepada pekerja Utusan.
Sebelum ini, akhbar berbahasa Melayu tertua yang ditubuhkan pada 1939 itu dikatakan akan mencetak edisi terakhirnya hari ini, selepas hampir 100 pekerjanya berpiket di ibu pejabat syarikat itu bagi menuntut tunggakan gaji 3 bulan.
Bagaimanapun Pengerusi Eksekutifnya, Abd Aziz Sheikh Fadzir, semalam berkata Utusan tidak akan ditutup, tetapi harga 2 akhbar terbitannya akan dinaikkan sebanyak 50 sen mulai Jumaat ini.
Mengulas lanjut Tajuddin berkata, kenyataan Rayer itu harus dikutuk sekeras-kerasnya kerana cara itu jelas menunjukkan beliau sengaja mahu menimbulkan masalah perkauman ekoran akhbar tersebut merupakan wadah bagi orang Melayu.
Katanya, Rayer cuba bermain dengan sentimen sedangkan Utusan bukanlah sebagaimana seperti apa yang dianggap olehnya.
Tajuddin juga menyarankan pelancaran tabung bagi mengutip dana untuk membantu kakitangan Utusan di seluruh negara.
Katanya, ia bermula dengan mengutip sebanyak RM10 daripada 3 juta ahli Umno yang ada pada masa ini.
“Kalau RM10 setiap ahli, kita ada 3 juta lebih ahli, itu dah dapat RM30 juta lebih,” katanya sambil memaklumkan bendahari Umno juga diarahkan supaya menyalurkan bantuan seadanya kepada Utusan.
Katanya, beliau percaya dengan kutipan sebanyak itu dan diperoleh daripada keselurahan ahli parti ia mampu meringankan beban warga utusan yang kini hidup dalam keadaan tersepit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.