`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 26, 2019

Tak boleh anjur konsert selepas 7 malam pada 1 Muharam

Gambar Facebook.
PETALING JAYA: Sebuah konsert Tamil mendendangkan lagu-lagu terkenal artis India, Ilaiyaraaja terpaksa diawalkan oleh penganjur selepas permohonan asal ditolak oleh pihak berkuasa atas nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
FMT difahamkan Agensi Pusat Permohonan Pengambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) bertindak sedemikian kerana waktu persembahan asal bersamaan 1 Muharam, iaitu tahun baru kalender Islam.
Raaghav Production memaklumkan waktu persembahan asal “SPB Live In Concert – Illaya Nilla” di KLCC dijadualkan pada 7 malam hingga 11 malam pada 31 Ogos ini.
“Persembahan atau aktiviti pada waktu itu dianggap tidak menghormati dan berkemungkinan menimbulkan rasa tidak senang orang Islam di Malaysia,” kata jurucakap syarikat itu ketika dihubungi FMT.
Imbasan surat yang dilihat FMT, dikatakan daripada Puspal, menyatakan ia mengambil maklum penjelasan Jakim bahawa 1 Muharam bagi 1441 Hijrah bermula dari waktu terbenam matahari pada 31 Ogos 2019 sehingga terbenam matahari pada 1 September.
Puspal menolak permohonan Raaghav dan berkata 1 Muharam merupakan salah satu hari kebesaran bagi umat Islam.
“Jika persembahan tersebut diadakan pada tarikh dan masa tersebut boleh menimbulkan keresahan serta sensitiviti rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam,” katanya.
Sementara itu, Puspal dalam kenyataan hari ini mengesahkan permohonan asal penganjur ditolak berdasarkan pandangan dan nasihat Jakim.
“Permohonan tersebut telah ditolak berdasarkan pandangan dan nasihat Jakim supaya pemohon dapat meminda tarikh konsert tersebut kepada tarikh lain yang lebih sesuai,” katanya.
Mengambil kira kesulitan yang penganjur alami, Puspal membenarkan mereka untuk mengadakan konsert pada 31 Ogos 2019, tetapi diawalkan ke 3 petang hingga 7 malam.
“Penganjur telah bersetuju dengan perkara ini. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar untuk mewujudkan persepsi yang kurang menyenangkan bahawa konsert tersebut telah diubah masa atas arahan Puspal,” katanya.
FMT sedang mendapatkan pengesahan daripada Jakim dan pihak menteri hal ehwal Islam. - FMT

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.