`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 16, 2019

BN menang besar, MCA kembali ke Tg Piai

PONTIAN: Barisan Nasional berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada Pakatan Harapan dengan majoriti besar lebih 14,000 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Wee Jeck Seng mendapat 23,621 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada PH, Karmaine Sardini yang memperoleh 9,498 undi.
Calon Gerakan, Wendy Subramaniam sekadar meraih 1,586 undi, Badhrulhisham Abdul Aziz yang mewakili Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) mendapat 790 undi dan dua calon bebas, Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abd Ghaffar masing-masing memperoleh 350 undi dan 30 undi.
Wee pernah menjadi ahli Parlimen Tanjung Piai dari 2008 hingga 2018, sebelum tewas kepada Md Farid Md Rafik daripada PH dengan majoriti 524 undi.
Ini adalah kemenangan keempat BN daripada sembilan PRK yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu. BN sebelum ini menang di PRK Parlimen Cameron Highlands, Dewan Undangan Negeri Semenyih dan Rantau.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi selepas semua 27 pusat mengundi bagi PRK Tanjung Piai ditutup 5.30 petang tadi ialah 74.5%.
PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian Farid pada 21 September lalu.
Tanjung Piai mempunyai 53,528 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 57% pengundi Melayu, Cina 42% dan India 1%. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.