Dr Mahathir mungkin bekerja 18 jam sehari tetapi dalam waktu 18 jam itu Dr Mahathir sudah tidak lagi bekerja untuk memajukan ekonomi negara dan membangunkan semua rakyat. Sebaliknya Dr Mahathir menghabiskan masa 18 jam setiap hari untuk mengagihkan (wealth distribution) kekayaan yang terhad.
18 jam sehari untuk memikirkan bagaimana hendak memotong kek yang sama saiz untuk diagihkan kepada lebih ramai orang yang sudah addicted berdiri dalam queue. Saiz kek tidak membesar tetapi potongan kek menjadi makin nipis, terpaksa dihiris-hiris. Maka tidak hairanlah negara makin miskin dan rakyat hidup makin susah.
Dr Mahathir tidak dapat membuat apa yang patut dibuat (doing the right thing) sebab terpaksa dukung politik perkauman di Semenanjung yang Dr Mahathir sendiri adalah pelopornya. Dulu sewaktu UMNO dan sekarang dalam PPBM rentak politik Dr Mahathir tidak berubah - memperjuangkan hak orang Melayu (yang bukan perjuangan yang salah, perjuangan Melayu mesti diteruskan) tetapi dengan sering mengenepikan hak orang bukan Melayu.
Dan yang latest pula ada suara rasis (juga kedengaran di pentas-pentas perkauman) yang ingin memijak-mijak hak orang bukan Melayu.
Pada waktu yang sama Dr Mahathir tidak berhenti cap orang Melayu sebagai malas.
Jika orang Melayu malas, di manakah dasar yang sepatutnya boleh menghilangkan malas daripada orang Melayu. Jika Dr Mahathir telah pun mengenal pasti punca penyakit apakah ubat atau pembedahan (surgery) untuk merawati penyakit malas itu?
Sebaliknya queue atau barisan si penerima masih berdiri panjang.
Orang kaya dan syarikat powerful pula sudah tidak perlu beratur dalam queue yang panjang. Mereka masih kaya dengan lesen, permit, projek yang diagih-agihkan bukan mengikut ekonomi bebas tetapi dengan cara pengagihan kekayaan yang tidak berdasarkan buku teks ekonomi.
Ikut susunan lojiknya : pemimpin politik melahirkan dasar bukan untuk mengubati dan menghapuskan malas (yang telah dikenal pasti olehnya) tetapi untuk kekalkan malas.
Malas itu di definisikan tidak suka bekerja. Ataupun malas itu boleh di definiskan mencari jalan pintas, short cut untuk cepat kaya, dengan menggunakan kaedah di luar peraturan bisnes dan ekonomi. Keduanya adalah malas.
Saya ingin merujuk kisah nabi Musa yang juga pernah terperangkap dalam budaya "mengambil jalan mudah" yang mengakibatkan nabi Musa membunuh seorang manusia (yang kemungkinan besar tidak bersalah) dan memukul seorang lagi.

Mula sekali kita baca ayat Quran yang berkenaan Surah 28:15-19 (Surah Al Qassas)
[15] Dan masuklah ia ke bandar dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi - seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. Musa berkata: "Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata".
[16] Ia merayu : "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku", lalu Dia mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[17] Ia merayu lagi: "Wahai Pemeliharaku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah".
[18] Lalu tinggalah ia di bandar dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya), maka tiba-tiba orang yang meminta pertolongan kepadanya semalam, memanggil meminta pertolongannya lagi. Musa berkata kepadanya: "Sesungguhnya engkau ini orang yang nyata sesatnya!"
[19] Maka ketika ia bersedia hendak menumbuk orang yang menjadi musuh bagi mereka berdua berkatalah orang itu: "Wahai Musa, adakah engkau hendak membunuhku sebagaimana engkau membunuh satu jiwa semalam? Sebenarnya engkau hanyalah hendak menjadi seorang yang kejam di bumi, dan tidaklah engkau hendak menjadi seorang pendamai".
My comments : Ini adalah kisah Nabi Musa (Moses) yang tertipu oleh seorang ahli syiahnya (kumpulannya) untuk membantu pukul (hingga mati) seorang lagi manusia.
Sebab atau alasan bagi Nabi Musa terjerat dalam kesilapan yang sangat besar ini adalah kerana Musa rasa terpanggil (obliged) untuk mempertahankan atau membela ahli kumpulannya sendiri tanpa siasat dulu kebenaran fakta atau kepalsuan tuduhan.
Pada hari esok pula, sekali lagi Nabi Musa terjumpa ahli kumpulannya itu bergaduh dengan manusia yang lain. Dan sekali lagi ahli kumpulannya itu merayu kepada Nabi Musa membantunya melawan dengan orang yang satu lagi itu.
Maka barulah Nabi Musa sedar bahawa orang jahat yang sebenarnya adalah ahli kumpulannya sendiri. Orang jahat itu memperalatkan atau manipulate "kesetiaan ahli kumpulan" untuk memukul orang lain tanpa sebab atau tanpa asas yang baik. Dalam kemarahan nya Musa pun memukul ahli kumpulannya itu.
Nabi Musa telah pun tertipu dan terlibat dalam kes pembunuhan.
Pelajaran yang penting bagi kita fahaminya di sini ialah kita tidak boleh menyokong sesiapa pun secara membuta hanya berasaskan mereka adalah kawan kita, saudara kita, sebangsa dengan kita, atau seagama, sama warna kulit, sama bahasa dengan kita dan sebagainya.
Malang sekali kita melihat bukan saja berjuta rakyat negara kita mengulangi kesilapan besar ini tetapi Perdana Menteri kita, ahli politik dan dasar negara (termasuk dasar luar negara) juga menjadikan 'kesetiaan ahli kumpulan' tunggak perjuangan mereka - tanpa ambil kira who is really right, what is the true situation dan sebagainya.
Perdana Menteri sokong seseorang itu kononya sebab dia adalah seagama - tanpa mengambil peduli orang itu terlibat jenayah money laundering, menjadi mentor (secara sedar atau tidak) kepada teroris dan sering menimbulkan kontroversi di seluruh dunia, termasuk dalam negara kita sendiri.
Perdana Menteri sokong sebuah negara sekali lagi kononnya negara itu adalah negara seagama. Dan negara yang satu lagi adalah negara bukan Islam. Walaupun fakta sejarah membuktikan bahawa kesemua peperangan antara kedua negara itu telah bermula dengan serangan negara Islam ke atas jirannya yang bukan Islam. (Tolonglah research sikit peristiwa permulaan perang 1948, 1965, 1971 dan 1999).
Inilah pendekatan mudah untuk membalas "kesetiaan ahli kumpulan" atau pun pengundi dan penyokong parti politik. Dalam Bahasa Inggeris 'populist policies' untuk menjaga popularity dengan penyokong dan ahli kumpulan.
Malaslah untuk memikirkan fakta yang sebenarnya (nanti penyokong dan pengundi tak suka).
Malaslah untuk memikul tanggung jawab pemimpin untuk memberi pimpinan yang baik.
Lebih mudah ikut saja apa yang populis - apa yang pengundi suka dan senangi, betul atau salah dont worry.
Membazirkanlah waktu kerja 18 jam sehari untuk menghiris kek yang makin kecil.
Hiris atas hiris sehingga kek dipotong senipis tissue paper atau kertas tisu untuk "diagihkan".
Tanpa membuat keputusan "tough decisions" tetapi yang betul.
Malas memikul tanggung jawab.
Malas memikirkan dasar yang boleh membangunkan semua orang - dan bukan bangsa kita sahaja atau yang seagama dengan kita sahaja atau orang kaya pengampu kita sahaja.
Sebiji serupa nabi Musa di manipulate oleh ahli kumpulannya.
Semua ini adalah 'kemalasan' juga. All this is also laziness.
". . . .Sebenarnya engkau hanyalah hendak menjadi seorang yang kejam di bumi, dan tidaklah engkau hendak menjadi seorang pendamai".

Akan datang - Part 2 : Dasar Pemalas - Apakah PNB, ASB Menguntungkan Orang Melayu / Bumiputera?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.