`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 13, 2019

Suami dituduh lacurkan isteri, isteri pula didakwa melacur diri

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas dua pertuduhan menjalankan kegiatan pelacuran membabitkan isterinya.
Bagi pertuduhan pertama lelaki berusia 33 tahun itu didakwa menjadi muncikari atau orang tengah terhadap perlakuan sumbang antara isterinya dan lelaki lain dan pertuduhan kedua membiarkan isterinya melacurkan diri.
Sementara itu, isteri lelaki terbabit yang berumur 32 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melacurkan diri.
Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di sini, pada 8.40 malam, 24 Julai lepas.
Tiga pertuduhan itu masing-masing didakwa mengikut Seksyen 28, Seksyen 27(1) dan Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau tidak lebih enam sebatan atau mana-mana gabungan hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membenarkan lelaki tersebut diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin manakala isterinya dibenarkan diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan penjamin bagi kedua-dua tertuduh mestilah individu berbeza.
Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula pada 19 Jan 2020.
Pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Syarie Mohd Khasmizan Abdullah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam syarie, Fazru Anuar Yusof. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.