`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 28, 2020

1. Pemandu mabuk menduduki tangga No. 17 2. Industri getah sudah mati secara rasmi. Innalillah

1. Kes Nombor SATU

Se-ekor daripada mereka kata kita harus membuat undang-undang baru untuk mengawal penjualan arak. Arak ini lazimnya melibatkan orang bukan Islam. Jadi secara indirect dia mainkan isu perkauman - iaitu orang bukan Islam yang minority itu menjadi 'soft target' - untuk mencari popularity. 

Yang sangat jelas ialah se-ekor ini sudah habis modal, sudah tidak lagi tahu bagaimana caranya untuk majukan negara kita, bagi semua rakyatnya berbilang kaum dan berbilang bangsa. 

Bukan itu sahaja tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya majukan bangsa dia sendiri pun. 

Dia tidak mempunyai akal untuk mencadangkan bagaimana cara mengatasi masalah ibu tunggal yang makin kronik. Ayah lari meninggalkan ibu dan anak yang mengakibatkan begitu banyak gejala social, kes maksiat, pelacuran, anak dibuang dan banyak lagi.

Dia tidak mempunyai akal untuk menyelesaikan pengangguran yang juga makin kronik dengan beratus ribu anak muda hilang pekerjaan, tempat kerja tutup, majikan bankrap dsbnya. 

Dia tidak mempunyai akal untuk mencadangkan penyelesaian kos sara hidup yang sangat tinggi yang memiskinkan orang Melayu dulu. 

Orang besar makin kaya, orang politik makin kaya - selalunya dengan menelan harta rakyat. Rakyat marhaen makin susah hidup mereka. Dan sedih sekali tiada penyelesaian yang kelihatan pun. 

Jadi untuk mencari publisiti murah mereka mengambil cara mudah - mereka sasarkan kaum minority bukan Islam dan bangkitkan isu berkaitan kaum dan agama.

Contohnya kononya terlalu ramai manusia yang mati kemalangan jalanraya akibat pemandu mabuk. 

Tetapi berapa ribu kah manusia yang sebenarnya mati kes MABUK di jalanraya?

Saya baru menerima carta statistic kematian kemalangan di jalanraya yang berikut. Saya tidak tahulah jika carta ini 100% tepat tetapi yang lebih penting ialah kita perlu maklumat tepat dan terperinci (factual information) sebelum kita boleh rumuskan sebarang perkara melibatkan undang-undang negara.


Sila lihat carta ini : STATISTIK PUNCA KEMALANGAN MAUT BAGI TAHUN 2011 - 2019


Dalam tempoh SEMBILAN TAHUN (2011 - 2019) seramai 55,887 orang telah terkorban di jalanraya. 

Carta statistic ini menunjukkan 17 penyebab utama bagi kematian di jalanraya.

TOP  FIVE penyebab kematian kemalangan jalanraya adalah seperti berikut :

1. No. 1 bilangan terbesar (16,685 maut) adalah akibat TERBABAS SENDIRI.  

2. Di kedudukan nombor 2 pula 6,274 orang maut apabila MAKAN JALAN.

3. Nombor  3 pula 6,046 orang maut sebab TUKAR LANE atau MEMOTONG.

4. Di tangga nombor 4 pula 5,887 maut sebab TAK NAMPAK ADA OBJEK DI DEPAN

5. Dan no. 5 ialah 5,802 maut sebab CUAI KELUAR MASUK SIMPANG

Macam mana pula dengan kes mabuk? 

Sebenarnya tiada statistik untuk kes mabuk. 
Sebab bilangan kes MABUK adalah terlalu kecil. 

Maka kematian akibat MABUK di campur dengan kes DADAH.

So apakah jumlah besarnya maut daripada MABUK + DADAH ?
Dalam tempoh SEMBILAN TAHUN hanya berlaku 47 kes kematian akibat MABUK / DADAH. Atau puratanya LIMA orang terkorban bagi setiap tahun.

Maka maut kes MABUK / DADAH menduduki tempat yang ke bawah sekali.
Kes MABUK menduduki tangga No. 17.


Habis berapa ramaikah mangsa maut akibat kes MABUK sahaja?
Kita tidak tahu sebab bilangannya terlalu kecil. 

Jadi saya ingin cadangkan kepada yang berekor itu.
Buat lah homework dengan lebih rajin. 
Jangan tunjuk DNA malas dan mengambil jalan mudah untuk mencari cheap publicity. 
Jangan menghasut orang Islam membenci terhadap bukan islam. 
Itu adalah perbuatan syaitan. 

Kes MABUK bukan masalah pun.
Jelas sekali bukan sebesar mana awak cuba gembar-gemburkannya.


2. Kes Nombor DUA

GDP atau pengeluaran ekonomi negara kita adalah di sekitar US$365 billion atau  RM1,592 billion setahun. Ataupun RM1.6 Trillion.  

Daripada jumlah besar ini industri getah Malaysia menyumbangkan (pada tahun 2018) RM2.83 billion sahaja. Sila lihat carta di bawah :


Dalam kiraan peratusan (percentage) pada tahun 2018 industri getah telah memberi sumbangan 0.2% kepada GDP ekonomi negara Malaysia.



Tuan-tuan berapa banyak kah 0.2% itu? 

Kita kena ambil SATU PERATUS atau 1%. 
Kemudian dibahagi kepada lima bahagian lagi. 
Maka setiap daripada lima bahagian itu menjadi 0.2%. 

Apa maksudnya yang sebenarnya?
Maksud yang sebenarnya ialah industri getah negara sudah pun mati.
Inna lillaahi wa inna ilaihi raajiun.

Jadi janganlah membuang masa cuba menipu rakyat hendak membuat 'Institut Kajian Getah' yang baru dengan belanja RM100 JUTA duit rakyat.

Ianya hanya satu lagi cara untuk membocorkan duit rakyat yang tidak akan membawa sebarang manfaat kepada rakyat marhaen.

Yang akan kaya hanya orang besar yang mendapat projek dan kontrak untuk membina Institut Kajian berharga RM100 Juta itu.

Rupanya musim mengawan sudah tiba di Taman Rimba. 
Tapi tidak terjumpa buah pisang untuk dimakan beruk dan ungka.
Maka dibuatlah berbagai helah untuk mengisi perut sendiri.
Jagalah kebun, jagalah kampong, jagalah rumah, jagalah anak dara.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.