`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 29, 2020

Kaunter rayuan BPN dibuka 30, 31 Mei

Kaunter rayuan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dibuka di semua cawangan akan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang pada 30 dan 31 Mei ini.
PUTRAJAYA: Kaunter permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibuka di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 30 dan 31 Mei ini (Sabtu dan Ahad), kecuali di Sabah dan Labuan kerana cuti umum Pesta Kaamatan.
Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan kaunter rayuan itu akan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
LHDN berkata bagi pemohon BPN di Sabah dan Labuan, kaunter permohonan rayuan BPN dilanjutkan ke hari bekerja berikutnya iaitu pada 2 Jun.
“Pemohon yang permohonan atau rayuannya tidak diluluskan sebelum ini boleh mengemukakan permohonan rayuan dengan hadir ke kaunter perkhidmatan LHDN yang terdekat atau melalui e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my bersama dokumen sokongan berkaitan,” kata kenyataan itu.
LHDN berkata langkah berkenaan bertujuan memastikan golongan yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menerima bantuan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.