PHNOM PENH: Kemboja menarik balik larangan mengeksport ikan dan beras bagi memastikan bekalan makanan di negara itu mencukupi ketika penularan Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.
Kerajaan dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat berkata, eksport beras dan ikan dibenarkan mulai 20 Mei ini.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Hun Sen.
Kemboja menguatkuasakan larangan eksport sejak 5 April lalu dan ia ditarik balik selepas tiada kes baru Covid-19 dilaporkan lebih sebulan dengan semua 122 pesakit positif virus itu sudah sembuh. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.