`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 3, 2020

Menjawab Soalan Harga Pisang Goreng Dan Harga Teh Tarik

Travel Blogger på Twitter: "Sepiring pisang goreng dan secangkir ...

Saya ingin menjawab comment oleh sdra Kampong Lad (terima kasih) dalam posting yang sebelum ini: 

kampong lad said... Kalau harga api & gas turun, harga barang akan ikut turun? .. Harga gas turun, mak cik kiah akan peturun harga pisang goreng? 

OSTB : Sdra kampong lad, kita tidak pasti harga pisang goreng akan turun. Tetapi economics dia begini.
Samada Mak Cik Kiah (atau Mamak Maidin) akan turunkan harga pisang goreng / harga teh tarik atau tidak, harga minyak yang turun dan harga gas masak yang turun akan mudahkan urusan Mak Cik Kiah untuk kembali berniaga. 

Harga minyak dan harga gas yang murah bolehkan Mak Cik Kiah berniaga dengan modal yang kurang daripada dulu. Ya, Mak Cik Kiah juga akan mendapat lebih untung (buat seketika) kerana walaupun harga minyak dan gas masak turun, Mak Cik Kiah masih jual pisang goreng dengan harga yang lama. So dia dapat untung yang lebih. 



Maka apabila "industry" pisang goreng boleh cepat maju, ekonomi negara juga akan cepat membangun. Penjimatan kos pengeluaran (minyak dan gas yang murah) akan permudahkan urusan seluruh ekonomi negara untuk bangkit semula dengan lebih cepat.



Tetapi apabila orang lain melihat Mak Cik Kiah dapat untung lebih, maka kemungkinannya besar orang lain akan terdorong untuk juga membuka warong pisang goreng. Sebab minyak murah, gas murah dan untungnya lebih. 


Ini boleh disebut juga "lowering the barriers to entry". Bukan saja mudah menjadi penjual pisang goreng tetapi minyak dan gas murah memberi peluang mendapat untung lebih. 

Maka dalam sedikit masa ramai lagi usahawan akan memasuki "industry" pisang goreng. Lama-lama harga pisang goreng akan menurun. 

Kalau tidak menurun pun ianya akan menjadi lebih sukar bagi penjual pisang goreng untuk naikkan harga sebab persaingan atau competition daripada ramai penjual pisang goreng BARU - yang masih mendapat untung yang lumayan tanpa naikkan harga - sebab harga minyak dan gas masak (kos pengeluaran mereka) sudah menurun. 

Jadi tekanan untuk menaikkan harga dalam ekonomi sesebuah negara akan kurang (inflationary pressure will be reduced) sebab harga minyak dan gas masak sudah turun. 

Sekian.


Sunday, May 03, 2020 11:04:00 AM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.