`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 5, 2020

Perkongsian ruang pejabat, norma kerja baru selepas PKP

Banyak syarikat menawarkan perkongsian ruang pejabat, mengharapkan perniagaan baru selepas penutupan operasi akibat Covid-19.
PETALING JAYA: Memandangkan aktiviti perniagaan dibenarkan meneruskan operasi selepas 7 minggu ditutup akibat Covid-19, sesetengah pemilik yang berkongsi ruang pejabat meletakkan harapan mereka kepada orang ramai yang mencari cara kerja fleksibel.
Tan Sung Lin, pemilik Nomad Malaysia, menjangkakan permintaan baru untuk perkongsian ruang pejabat, terutama membabitkan perniagaan digital kerana lebih banyak perniagaan baru dibangunkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) “seperti e-dagang, teknologi baru, syarikat mikro makanan dan minuman (F&B mikro) dan logistik”.
Tan berkata budaya kerja dari rumah tidak akan menyebabkan permintaan ruang pejabat merosot kerana orang ramai tidak dapat bekerja dari rumah dalam jangka masa yang panjang, menurut banyak kajian.
“Saya belum lagi menemui sesiapa yang berjaya bekerja dari rumah. Malah mereka yang memiliki pejabat di rumah sukar untuk berada di rumah yang sama untuk jangka masa yang panjang,” katanya.
Sementara itu, ketika menunggu perniagaan kembali seperti sedia kala, 2 pemilik yang berkongsi ruang pejabat berharap pemilik dapat menyediakan kemudahan kepada mereka.
Qayyum Jumadi dari Creatorspace berkata sudah terdapat beberapa tempahan tetapi beliau bimbang tidak dapat mengekalkan premisnya.
“Kami cuba berunding untuk mendapatkan potongan atau pengecualian sewa namun pemilik bangunan masih belum memberi keputusan,” katanya.
Penyedia perkongsian ruang pejabat, WORQ berkata pemilik tidak memberi respon terhadap permintaan untuk mengetepikan atau memberi mereka diskaun.
“Kami meramalkan norma kerja yang baru juga akan memberi manfaat kepada perkongsian ruang pejabat. Syarikat akan memilih pengaturan ruang kerja yang lebih fleksibel untuk ahli pasukan mereka, dan juga mencari sewa yang lebih fleksibel berbanding komitmen jangka panjang,” kata pemilik syarikat.
Nestspace berkata pendapatan merosot hampir 80% sepanjang tempoh PKP, tetapi berharap perniagaan baru.
Albert Chee dari Nestspace berkata syarikat PKS, terutama dalam teknologi maklumat, baru-baru ini memutuskan untuk memotong perbelanjaan syarikat dan beralih kepada perkongsingan ruang pejabat.

“Kami menerima beberapa permintaan untuk ruang mesyuarat selama 2 hari dalam seminggu. Kebanyakan syarikat ini memotong perbelanjaan atau menamatkan kontrak pejabat mereka dan beralih kepada perkongsian ruang pejabat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.