`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 28, 2020

Tun M, Mukhriz, Syed Saddiq, Maszlee Dan Amiruddin Dipecat Keahlian BERSATU

(The Malaya Post) – Lima barisan pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU  terhenti keahlian mereka berkuatkuasa serta merta.
Ia membabitkan Pengerusi BERSATU yang juga mantan Perdana Menteri ke 7, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Menteri Besar Kedah yang juga Timbalan Presiden BERSATU Dato’ Seri Mukhri Mahathir Mukhriz, Ketua ARMADA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman , YB Maszlee Malik dan Dato’ Amiruddin Hamzah turut terhenti keahlian BERSATU.
Perkara itu disahkan Setiausaha Kerja, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya dalam satu notis bertarikh hari ini.
Menurut Kapten Suhaimi, pada notis bertarikh  15 Mei 2020 lalu, Tun Dr Mahathir telah memaklumkan kedudukan kerusi beliau di Parlimen adalah di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden dan merangkap Pemangku Pengerusi BERSATU.
Dalam sidang Parlimen pada 18 Mei 2020 Tun Dr Mahathir telah menyertai dan duduk blok pembangkang.
Atas alasan itu kata Setiausaha Kerja BERSATU menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Parti Pribumi BERSATU Malaysia keahlian beliau dalam BERSATU terhenti serta merta.
Turut terhenti keahlian BERSATU adalah Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir.
Melalui notis bertarikh 13 April dan 14 Mei 2020, Dato’ Seri Mukhriz memaklumkan kedudukan kerusi beliau di Parlimen adalah di blok yang tidak menyokong Kerajaan Perikatan Nasional  yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden dan merangkap Pemangku Pengerusi BERSATU.
Dalam sidang Parlimen pada 18 Mei beliau juga telah menyertai dan duduk blok pembangkang
Atas alasan itu juga kata Setiausaha Kerja BERSATU menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan BERSATU Malaysia keahlian beliau dalam BERSATU turut terhenti serta merta.
Turut menerima nasib sama Bekas Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dalam sidang Parlimen 18 Mei 2020 beliau juga telah menyertai dan duduk blok yang tidak menyokong Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden dan merangkap Pemangku Pengerusi BERSATU.
Menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan BERSATU Malaysia keahlian beliau dalam BERSATU turut terhenti serta merta.
Dalam pada itu, YB Dr Maszlee Malik telah membuat pemakluman kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa beliau tidak mahu duduk di blok kerajaan semasa sesi Parlimen.
Dalam sidang Parlimen 18 Mei 2020 Dr Maszlee juga telah menyertai dan duduk di blok yang tidak menyokong Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden dan merangkap Pemangku Pengerusi BERSATU.
Menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan BERSATU Malaysia keahlian beliau dalam BERSATU turut terhenti serta merta.
Turut terhenti keahlian adalah YB Dato’ Wira Amiruddin Hamzah.
Melalui notis bertarikh 4 Mei 2020, Dato’ Wira Amiruddin memaklumkan kedudukan kerusi beliau di Parlimen adalah di blok yang tidak menyokong Kerajaan Perikatan Nasional  yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden dan merangkap Pemangku Pengerusi BERSATU.
Dalam sidang Parlimen pada 18 Mei beliau juga telah menyeberang lantai dan tidak duduk di blok Kerajaan Perikatan Nasional.
Atas alasan itu juga kata Setiausaha Kerja BERSATU menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan BERSATU Malaysia keahlian beliau dalam BERSATU turut terhenti serta merta. –THE MALAYA POST.
*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

1 comment:

  1. Walaupun aku amat benci dengan Pengkhianat PN tapi aku amat bersyukur dengan pemecatan Mahathir perosak negara.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.