`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 25, 2020

Polis cedera selepas motosikal ditendang mat rempit

 

Konstabel berusia 20 tahun ini luka di bahagian tangan kanan, siku serta calar di bahagian muka selepas motosikalnya terjatuh akibat ditendang mat rempit di Kampung Tanjung Berembang, Pulau Pinang kelmarin. (Gambar PDRM)

NIBONG TEBAL: Seorang anggota polis unit rondaan bermotosikal (URB) cedera akibat terjatuh selepas motosikalnya ditendang seorang mat rempit yang cuba melarikan diri ketika berlumba di simpang jalan di Kampung Tanjung Berembang, di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Lee Chong Chern berkata, konstabel lelaki berusia 20 tahun itu luka di bahagian tangan kanan, siku serta calar di bahagian muka dan menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap.

Beliau berkata, kejadian berlaku semasa mangsa bersama seorang lagi anggota polis membuat rondaan URB kira-kira 3 pagi selepas menerima maklumat terdapat kegiatan lumba haram di Kampung Tanjung Berempang.

“Sebaik tiba di lokasi, mereka dapati sekumpulan penunggang motosikal sedang berlumba haram, dan geng mat rempit itu melarikan diri dengan motosikal sebaik saja menyedari kehadiran polis sebelum konstabel berkenaan mengejar sebuah motosikal ditunggang seorang remaja lelaki,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, setiba mereka di persimpangan jalan, penunggang motosikal itu menendang motosikal konstabel terabbit sehingga terjatuh dan menyebabkan anggota polis itu cedera.

Katanya, polis kemudiannya menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam.

Dalam kes berasingan, Lee berkata, polis menahan 3 lelaki berusia 20 hingga 28 tahun bersama 5 guni daun ketum seberat 50,000g untuk dihantar ke Kuala Lumpur dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Jawi, pada 12.30 tengah malam kelmarin.

Katanya, 3 lelaki yang mempunyai pelbagai rekod lampau jenayah dan dadah itu mendapatkan daun ketum daripada rakan mereka di Bertam, Kepala Batas dan mereka dipercayai menjadi penghantar kepada rangkaian sindiket membuat air ketum di ibu negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.