`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 24, 2021

Rakyat Marhaen Di China Beli Kereta 550 Horse Power Dengan Harga RM137,000 !

 'Di negara kita Malaysia pula, kita masih di tipu dengan harga kereta antara yang paling tertinggi di dunia. Dan kita boleh ditipu kerana orang Melayu tak faham dan tak reti kira duit. Oleh kerana orang Melayu telan saja apa yang disuap oleh Kerajaan maka kita semua kena tipu.'


Secara lojiklah kalau harga kereta 550 horsepower ini adalah RM137,000 maka harga kereta 225 horsepower (seperti Audi) akan jadi sekitar RM68,000 sahaja.  Saya akan jelaskan, sila baca dulu. 

Tuan-tuan, syarikat mobile phone Huawei di China sudah memasuki industri pembuatan kereta elektrik dan hybrid. Gambar di bawah ini adalah kereta baru mereka Huawei Seres SF5 (style crossover) yang menyerupai Porsche Cayenne.  Specs kereta ini adalah seperti berikut:



  • Auto Shanghai 2021
  • Huawei unveiled Seres SF5 - hybrid
  • 1.5-liter gas engine, two electric motors
  • 550 horsepower (410 kilowatts)
  • 0-100 km/hr in 4.7 seconds 
  • battery fully charged + full tank range over 1,000 km
  • 11 sound units “opera-like sound quality” 
  • sell vehicles through Huawei retail network across China
  • 2WD model (RM137,000)
  • 4WD model  (RM156,000)

Yang berikut ini video ringkas.



Di Malaysia pula harga RM134,000 mampu membeli kereta Toyota Corolla 2WD (sebagai contoh dan perumpamaan sahaja ok) yang mempunyai kuasa enjin 121 - 160 horsepower : 



Dan di Amerika Syarikat pula kereta Toyota Corolla dijual dengan harga RM76,000 - RM112,000 sahaja !!  (US$19,750 - US$28,310).




Apa maksud semuan ini tuan-tuan?

Well first of all, kita congratulate lah syarikat Huawei yang dapat hasilkan kereta mewah Seres SF5 itu dengan segala kecanggihan dan kelengkapannya (termasuk opera quality sound system).  Dan pada harga yang sangat murah RM137,000 (2WD). Kereta itu mempunyai 550 horsepower dan sangat menjimat minyak sebab menggunakan sistem hybrid bateri dan enjin.

Kereta Huawei ini bakal menggoncang dunia automotif kerana harganya yang sangat berpatutan (RM137,000) bagi sebuah kereta yang berkuasa 550 Horsepower. Biasanya supercar seperti Ferrari dan Lamborghini lazim dengan kuasa enjin melebihi 400 Horse Power tetapi dengan harganya beratus ribu atau juta Ringgit.   

Bila kereta Huawei ini berjaya di pasaran maka pembuat kereta jenama lain di seluruh dunia akan terpaksa mengubah strategi harga kereta mereka.

Pendek kata mereka akan terpaksa menawarkan kereta yang lebih besar, lebih selesa dan lebih berkuasa bagi harga yang lebih murah.  

Di negara kita Malaysia pula, kita masih di tipu dengan harga kereta antara yang paling tertinggi di dunia. Dan kita boleh ditipu kerana orang Melayu tak faham dan tak reti kira duit. Oleh kerana orang Melayu telan saja apa yang disuap oleh Kerajaan maka kita semua kena tipu.

Dia macam ini tuan-tuan. Jika tuan-tuan mempunyai kereta Toyota Corolla sekarang, maksudnya tuan-tuan sudah pun mampu bayar RM134,000 untuk membeli sebuah kereta. Tetapi what do you get for your RM134,000 itu?

Kalaulah gaji bulanan tuan-tuan sudah mampu bayar RM134,000 untuk beli sebuah kereta, maksudnya tuan-tuan pun sudah mampu beli kereta Huawei 550 Horsepower juga. Sebab harga kereta Huawei itu pun kurang lebih RM137,000 sahaja.

Di Amerika Syarikat pula kereta Toyota Corolla tadi dijual dengan harga RM76,000 SAHAJA (basic model). 

Apa maksud semua ini? Maksudnya tuan-tuan kena tipu bulat-bulat. 

Tuan-tuan diperbodohkan oleh dasar AP, dasar cukai impot kereta yang tinggi, dasar duti kereta yang tinggi dan segala jenis cukai dan duti lagi lah yang menyebabkan harga kereta di Malaysia ini antara yang tertinggi di dunia.

Tuan-tuan dipaksa membayar RM123,000 hingga RM134,000 untuk beli kereta Jepun yang dijual di negeri lain (Amerika Syarikat contohnya) dengan harga RM76,000 hingga RM112,000 sahaja.  Tuan-tuan "rugi" sehingga RM47,000 untuk beli kereta yang sama.  

Kita bersyukur lah kepada Allah swt bahawa strategi bodoh 'kereta nasional' sudah tidak ada lagi.

Konsep 'kereta nasional' yang bodoh itu telah membawa sial yang besar kepada semua rakyat negara kita. Terutama sekali orang Melayu menjadi miskin dahulu disebabkan protectionist policy yang meletakkan cukai tinggi dan harga jualan kereta yang tinggi untuk memberi nyawa kepada konsep bodoh 'kereta nasional'.

Akhir sekali kereta nasional bungkus dan dijual kepada syarikat China juga. 

Sekarang kedua syarikat pembuatan kereta tempatan dipunyai saham majoriti atau dikuasai oleh syarikat China dan syarikat Jepun.  

Oleh itu kita tidak perlulah meneruskan dasar cukai impot tinggi, cukai eksais, duti dsbnya yang tinggi yang mengakibatkan harga kereta kita antara yang paling mahal di dunia.  

Orang Melayu yang miskin dulu sebab orang Melayu lah yang menjadi pembeli kereta yang paling ramai dalam negara kita. 

Kita sepatutnya menggalakkan Huawei membawa masuk kereta baru Seres SF5 untuk dijual di Malaysia dengan harga RM137,000 sahaja. 

Ataupun apakah tuan-tuan orang Melayu sanggup untuk terus diperbodohkan.

Tuan-tuan sudah pun mampu membayar RM137,000. But what do you get in return?


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.