`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, May 7, 2021

Memanglah rindu, tapi lagi takut pada Covid-19; orang kg ‘redha’ ahli keluarga tak pulang beraya

 

Gambar kenangan keluarga Siti Azila Alias, 36, (duduk kanan sekali) yang lebih setahun tidak pulang menjenguk kedua ibu bapa selepas pelaksanaan PKP sejak Mac tahun lalu.

PETALING JAYA: Jika warga kota sedih tidak dapat pulang beraya di kampung susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Lembah Klang, penduduk di luar negeri lega lantaran situasi wabak yang serius di Selangor dan Kuala Lumpur.

Rata-rata mereka yang ditemui khuatir sekiranya tanpa PKP, kebanjiran warga Lembah Klang yang pulang akan mendedahkan semua kepada virus Covid-19 yang sedang menular.

Walaupun terpaksa bertarung dengan emosi, bagi mereka keutamaan ketika ini adalah melandaikan lekuk jangkitan Covid-19.

“Dua anak saya bekerja di Lembah Klang, mereka sedih tak dapat balik beraya kerana sekatan rentas negeri. Saya pun sedih, tapi saya redha demi keselamatan semua,” kata Endun Mohamad, 60, dari Kuala Berang, Terengganu.

Endun Mohamad, 60.

Pesara guru ini berkata walaupun Aidilfitri tahun ini hambar tanpa kehadiran orang tersayang, kemudahan komunikasi secara video sedikit sebanyak mengubat kerinduan.

Bekas wartawan Siti Azila Alias, 36 dari Pulau Pinang, bersetuju dengan langkah kerajaan menyekat rentas negeri menjelang Aidilfitri ini, bagi mengekang penularan virus.

“Harapnya tahun depan bolehlah saya dan suami beraya di Pulau Pinang pula. Lagi pun kedua ibu bapa sudah lanjut usia dan golongan berisiko tinggi,” katanya, yang ini berada di Seremban sejak PKP Mac tahun lalu.

Orang kampung ketakutan

Noradiah, 41.

Noradiah, 41, dari Bidor, Perak berkata lebih baik warga kota jangan balik ke kampung sekarang untuk tidak memburukkan lagi situasi wabak di kampung-kampung.

Beliau yang juga seorang peniaga berkata pendapatannya terjejas dengan kawalan sedia ada, tetapi “jika PKP dikenakan di seluruh negara lagi teruk pendapatan kami terjejas”.

“Buat masa ini kita bekerjasamalah elak jangkitan lebih teruk,” katanya.

Seorang lagi warga Bidor, Natchiah, 69, kasihan warga kota tidak dapat pulang menatap wajah ibu bapa tetapi PKP ini untuk “keselamatan semua”.

“Di Selangor saya tengok berita banyak tempat sudah ada kluster. Kes semua naik. Saya pun sudah tua, saya pun takut terkena jangkitan,” katanya.

Hafizal Azmi, 31.

Pandangan berbeza

Namun, seorang peniaga di Maran, Pahang, Hafizal Azmi, 31, berpandangan lebih wajar sekatan rentas negeri dikenakan secara bersasaran.

“Kalau orang itu tidak ada Covid-19, buat apa nak sekat?” katanya, dan menambah beliau percaya pandemik ini akan berlarutan untuk jangka masa yang sangat panjang.

“Kalau nak harapkan Covid-19 habis, memang ia tidak akan habis,” keluhnya.

Haniff Ramli, 25.

Seorang lagi warga Maran, Haniff Ramli, 25, percaya kawalan penyakit akan lebih berkesan jika rentas daerah juga tidak dibenarkan.

“Kes di Kuantan tinggi. Jika mereka (dari Kuantan) datang sini (Maran), ia juga mengundang risiko,” katanya.

Di Johor Bahru, seorang penjawat awam, Faris Jasma, 34, tidak ada masalah PKP dilaksanakan semula namun ia perlu dilakukan dengan ketat dan berkesan.

“Tutup semua sektor yang menjadi pencetus,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.