`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 30, 2021

Disyaki lakukan amang seksual pada kanak-kanak, warga Pakistan ditahan polis

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata, buruh kontrak berusia 20 tahun itu ditahan selepas bapa mangsa membuat laporan polis semalam.

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Pakistan ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di sebuah rumah flat di Perai Jaya, Bukit Mertajam.

Buruh kontrak berusia 20 tahun itu ditahan selepas bapa mangsa membuat laporan polis semalam, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian Khamis lalu, kanak-kanak lelaki berkenaan dikatakan didatangi suspek di taman permainan kira-kira 2 petang, menurut laporan bapanya.

“Suspek kemudian mendukung dan membawa kanak-kanak itu ke rumah sewanya sebelum melakukan perbuatan amang seksual terbabit secara paksa,” Shafee dipetik Harian Metro sebagai berkata.

Suspek kemudian mengarahkan mangsa pulang dan dia tidak menceritakan kejadian kepada keluarganya kerana takut.

“Namun, kira-kira 10 malam tadi, mangsa menceritakan kejadian dialaminya dan bapanya terus membuat laporan polis sebelum suspek berjaya ditahan pada 12.30 tengah malam tadi.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan pemeriksaan di rumah suspek tidak menemui kamera litar tertutup (CCTV) serta tiada saksi kejadian,” kata Shafee.

Suspek direman selama tujuh hari hingga 5 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.