`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 30, 2021

Pengasas produk kosmetik disiasat persenda solat, bacaan Yasin

 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Abdul Rahim Daud berkata laporan polis berkenaan berhubung rakaman video yang tular di WhatsApp.

PETALING JAYA: Polis Kelantan menerima laporan berkaitan seorang wanita dipercayai pengasas produk kosmetik di negeri ini yang didakwa mempersenda agama Islam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Abdul Rahim Daud berkata laporan itu diterima di ibu pejabat polis daerah ini pada 10.25 pagi tadi.

“Pengadu mendakwa melihat satu rakaman video dikongsi dalam WhatsApp malam tadi, memaparkan wanita Melayu berusia 30-an menyatakan dia tidak suka sembahyang dan semua orang tidak solat pada 2021.

“Tindakan itu boleh dianggap mempersenda dan mempermainkan agama serta boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya dipetik Bernama.

Abdul Rahim berkata semakan awal telah dilakukan terhadap video itu, dan susulan itu, siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video wanita terbabit mengeluarkan kenyataan bagaikan mempersenda agama Islam seperti solat dan bacaan Yasin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.