`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 12, 2021

Manifesto PH ciplak PN, dakwa Bersatu

 

PN tidak takut dengan kekangan berkempen kerana kejayaan dulu memudahkan cara berkempen calon PN sekarang.

MELAKA: Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mendakwa tawaran dalam manifesto yang diumumkan oleh Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini diciplak daripada ideal asal kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Razali Idris dalam hantaran Facebook miliknya memaklumkan, terdapat beberapa inisiatif yang didakwa pernah dibuat oleh PN antaranya kedudukan ketua pembangkang setaraf exco negeri dan peruntukan tahunan setara setiap ADUN tanpa mengira parti.

“Ambil idea atas idea orang. Paling tidak, mereka ini akan memanipulasikan yang kononnya itu idea hebat mereka.

“Jangan begitu kerana rakyat Melaka tahu idea datang dari mana sebenarnya. Menerusi calon PN, idea yang segar datang dari kami. Itu yang rakyat mahu,” tulisnya.

Jelasnya lagi, banyak yang ditawarkan oleh PH mirip yang disediakan oleh PN.

“Umpamanya pemulihan ekonomi negara, sistem penyampaian kerajaan dan bantuan yang efisien dan efektif, peningkatan kesihatan awam yang holistik serta penawaran pekerjaan baharu, penciptaan kekayaan inovasi.

“Semua ini usaha dan idea ini asalnya dari kerajaan PN dulu. Sebab itu, PN tidak takut dengan kekangan berkempen kerana kejayaan dulu memudahkan cara berkempen calon PN sekarang.

“Pengundi kalau nampak lambang PN, mereka pasti sudah senyum. Itu pengalaman saya bertemu dengan rakyat Melaka yang ramah mesra dan mereka dahagakan pembangunan ekonomi yang stabil,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.