`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 20, 2021

‘Lalok’ dadah, 2 lelaki rogol, liwat anak saudara 8 tahun

 

Mangsa trauma lalu menceritakan kejadian kepada ibunya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh.

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki merogol dan meliwat anak saudara mereka yang berusia lapan tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Pasir Puteh, Kelantan, minggu lalu.

Suspek terbabit masing-masing berusia 39 dan 46 tahun ditahan pada 3.35 pagi, Khamis lalu selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Ediansha Endal, berkata siasatan mendapati, kejadian berlaku pada 4 pagi Selasa lalu ketika mangsa tidur di ruang tamu.

Katanya, suspek yang bekerja kampung dipercayai khayal dadah jenis methamphetamine semasa melakukan perkara terkutuk itu.

“Disebabkan perkara itu, mangsa trauma lalu menceritakan kejadian kepada ibunya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh,” katanya menurut laporan Kosmo.

Bertindak atas maklumat, polis memberkas dua suspek di rumah mereka. Kedua-duanya tinggal bersama mangsa, ibu dan bapa tirinya.

“Mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut dan kes dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kedua-dua suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.