`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, December 30, 2021

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar larang jual arak di kawasan majoriti penduduk Islam

Jualan minuman keras di kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam di Kuala Kangsar masih dibenarkan dengan beberapa syarat.

PETALING JAYA: Selepas Majlis Daerah Selama (MDS), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menjadi pihak berkuasa tempatan kedua di Perak melarang penjualan minuman keras di kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk beragama Islam mulai tahun depan.

Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat penuh Ahli Majlis MPKK hari ini.

Bagaimanapun, katanya, jualan minuman keras di kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam masih dibenarkan dengan beberapa syarat.

“Ada dibincangkan, tetapi kita mesti mematuhi apa-apa perundangan di peringkat persekutuan serta akta berkaitan dan juga enakmen di peringkat negeri.

“Kita sudah boleh laksanakannya dan 2022 kita akan mulakan untuk kawasan yang memang sudah jelas majoriti Islam, kita tidak akan benarkan, maka mereka yang bukan beragama Islam yang berada di situ boleh beli di tempat lain,” katanya dipetik Kosmo selepas mesyuarat itu di Karau.

Bulan lalu, MDS dilapor memutuskan penjualan minuman keras secara runcit di mana-mana premis perniagaan dalam daerah itu dilarang mulai bulan depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Selama, Mohd Akmal Kamarudin dilaporkan berkata, perkara itu diputuskan MDS selaku pihak pentadbiran tempatan.

“Keputusan itu juga hasil muafakat semua pihak, khususnya masyarakat setempat yang mahukan tindakan sedemikian diambil.” - FMT 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.