`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 28, 2022

Ku Li anggap GTA dibentuk atas ‘kemahuan diri’, terdiri ‘kumpulan terdesak’

 

Tengku Razaleigh Hamzah pada sidang media sempena sesi Hi-Tea bersama Anita Borneo Ride 2022 di pejabatnya di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Pembentukan Gerakan Tanah Air (GTA) adalah berteraskan “kemahuan diri”, selain terdiri daripada “kumpulan terdesak”, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Sambil menegaskan tiada sengketa antaranya dengan Dr Mahathir Mohamad yang menerajui GTA, beliau berkata parti itu tidak menguntungkan orang Melayu, sebaliknya akan membawa lebih banyak perpecahan.

Katanya, perpecahan lebih banyak parti Melayu juga menyukarkan usaha kerajaan stabil dibentuk untuk mentadbir negara.

“Perpecahan akan lebih banyak kalau kita membiarkan keadaan ini berterusan, macam mana kita nak mencari kekuatan sama ada untuk menghadapi PRU atau menyatukan tenaga (Melayu) menghadapi sebarang kemungkinan kalau kita berpecah. Kalau kita terus berpecah belah kita akan menjadi lebih lemah.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Kalau saya jumpa Dr Mahathir nanti saya nak cakap hal ini, sebab saya sudah ada parti yang saya jadi ahli, saya tak boleh sertai parti lain, tapi saya kena fikir dari sudut solidariti (Melayu). Jangan kita dipecah belahkan oleh kerana kemahuan diri dan kumpulan terdesak,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata demikian pada sidang media sempena sesi Hi-Tea bersama Anita Borneo Ride 2022 di pejabatnya.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menjangkakan tidak ada satu parti politik boleh membentuk kerajaan secara bersendirian.

“Saya punya pandangan selepas meninjau pendapat ramai pihak, mungkin tidak ada satu parti yang menang PRU15 untuk membolehkan mereka menubuh sebuah kerajaan secara sendiri, jadi mereka terpaksa bergabung dengan pihak lain kalau ada pihak yang sanggup bersatu,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau sedia menjadi perdana menteri, Tengku Razaleigh memaklumkan sedia menggalas tanggungjawab itu jika keadaan terdesak.

“Saya tidaklah begitu layak seperti setengah pihak barangkali, tapi kalau terdesak tidak ada orang lain bolehlah saya menimbang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak bersetuju jika pilihan raya umum diadakan pada musim tengkujuh dan mengingatkan pemimpin politik tidak memberi cadangan waktu yang “tidak logik” untuk diadakan pilihan raya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.