`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 26, 2023

Biar Lembaga Disiplin Umno buat keputusan, kata Shahelmey

 

ADUN Tanjung Keramat Shahelmey Yahya berkata beliau telah dipanggil Lembaga Disiplin Umno kerana ingkar arahan parti. (Gambar Bernama)

PUTATAN: ADUN Tanjung Keramat daripada Umno, Shahelmey Yahya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin parti berhubung tindakannya menyokong kerajaan Sabah pimpinan Hajiji Noor, baru-baru ini.

Ketika krisis politik melanda Sabah, Shahelmey yang kini timbalan ketua menteri III menjadi salah seorang wakil rakyat Umno menyokong Hajiji.

Katanya, dia tidak mahu mendahului Lembaga Disiplin Umno berhubung perlakuan atau kenyataan kurang wajar.

Ads by Kiosked

“Saya seorang daripada ADUN Umno Sabah dipanggil Lembaga Disiplin untuk membuat pembelaan atas pertuduhan dinyatakan dan telahpun menyatakan pembelaan saya.

“Kita berserah kepada Lembaga Disiplin Umno untuk membuat keputusan, jadi kita tunggu,” katanya selepas Karnival Perpaduan Perumahan Daerah Putatan dan Karnival Perpaduan Komuniti Gerak Rahmah, Jom Sihat Daerah Putatan di sini hari ini.

Selain Shahelmy, empat lagi ADUN berpendirian sama telah dipanggil Lembaga Disiplin Umno iaitu Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Yusof Yacob (Sindumin).

Bagaimanapun, Jasnih, James, Arshad dan Yusof bersama seorang lagi ADUN Umno iaitu Hamild@Hamid Awang (Balung) mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada Selasa lalu.

Pada 6 Jan lalu, Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata, parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan Sabah dan Hajiji Noor sebagai ketua menteri.

Ditanya mengenai tindakan ADUN terbabit meninggalkan Umno, Shahelmy yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, itu adalah hak mereka namun beliau menganggap keputusan tersebut dibuat bagi mengukuhkan kestabilan politik di Sabah.

Ads by Kiosked

“Politik stabil penting agar pentadbiran dan agenda pembangunan negeri seperti Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dapat dijayakan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.