PETALING JAYA: Tengku Zafrul Aziz sah menawarkan diri bertanding jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menjelang pemilihan parti akan datang.
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, keputusan bertanding jawatan berkenaan dalam usahanya membina “tapak” politik bagi tempoh panjang.
“Ya, saya dengan rendah diri menawarkan diri bertanding jawatan MKT Umno untuk menyumbang khidmat kepada parti,” katanya menurut Astro Awani.
Zafrul berkata, landskap politik yang semakin dinamik membuka ruang persaingan sihat dan membina.
“Politik ini sifatnya dinamik, dan yang paling penting ialah sentuhan efektif membantu untuk memartabatkan masyarakat dan negara,” katanya.
Beliau berkata, gabungan kepimpinan lebih dinamik dan pelbagai latar menjamin proses pengukuhan parti pasca PRU15.
“Umno sebuah parti berpengalaman dan barisan pemimpinnya matang menempuh jatuh bangun politik, justeru saya percaya pemimpin dan akar umbi parti mahu melihat gabungan kepimpinan yang lebih dinamik dan pelbagai latar untuk pastikan proses pengukuhan parti pasca PRU15 dapat berjalan dengan baik,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.