`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 29, 2023

‘Mereka pun jumpa saya, tawar PAS sertai kerajaan’, kata Tuan Ibrahim

 

Tuan Ibrahim Tuan Man melihat tawaran itu hadir kerana data mengesahkan sokongan pengundi Melayu kepada PN jauh mengatasi PH.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, mengesahkan beliau turut dihubungi beberapa pihak untuk menawarkan parti itu menyertai kerajaan perpaduan.

Kenyataan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu susulan dakwaan daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang dihubungi “pihak tertentu” bagi tujuan sama.

Tuan Ibrahim berkata, tawaran itu disampaikan wakil kerajaan yang bertemu dengannya sendiri.

Ads by Kiosked

“Pertama saya sahkan apa dinyatakan oleh presiden, bahkan mereka (wakil kerajaan perpaduan) juga bertemu dengan saya menyampaikan tawaran itu.

“Namun, kami nyatakan pendirian kekal bersama Perikatan Nasional (PN) sebagaimana janji semasa kempen, dan kami tidak akan berbohong dengan pengundi,” katanya menurut Berita Harian.

Sabtu lalu, Hadi yang juga timbalan pengerusi PN mendedahkan, dihubungi “orang tertentu” beberapa kali yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tawaran itu dan berkata, sepatutnya ia memberi “kelebihan kepada PAS” kerana mempunyai kerusi yang lebih berbanding parti lain.

“Ada orang hubungi saya..beberapa orang acap kali nak berjumpa dengan tawaran untuk menyertai kerajaan. PAS ada 43 kerusi…PKR 30 sahaja. Dalam keadaan 30 kerusi ini, sembilan kerusi adalah bukan Melayu, 19 sahaja Islam.

“Dalam keadaan PKR, DAP pula, tiga Melayu dari 40 kerusi, 37 kerusi bukan Melayu. Kalau campur gabungan itu, kerajaan akan didominasi oleh orang Islam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Jejak Nabi Muhammad dan Syarahan Perdana di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Ads by Kiosked

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, beliau melihat tawaran tersebut hadir kerana data mengesahkan sokongan pengundi Melayu kepada PN jauh mengatasi PH.

“Itu pun dalam situasi rakyat ditipu dengan janji BN tidak akan bersama Anwar (Ibrahim) dan DAP, demikian juga janji PH tidak akan bersama BN.

“Bahkan Anwar menyatakan kalau harapkan untuk melihat gabungan dengan BN, sila cari presiden lain daripada beliau. Ini kenyataan semasa kempen,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.