`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 29, 2023

Projek lebar KLK tingkat risiko bencana alam, NGO beri amaran

 

Kerajaan meluluskan peruntukan RM1.7 bilion untuk melaksanakan projek melebarkan lorong dan pembinaan satu terowong di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak bertujuan mengurangkan kesesakan terutama pada musim perayaan.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) bimbang projek untuk melebarkan laluan dan pembinaan terowong baharu di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) boleh memberi kesan besar terhadap alam sekitar.

Presiden Peka, Damien Thanam Divean berkata, projek bernilai kira-kira RM1.7 bilion itu hanya bagi keselesaan kepada pengguna lebuhraya untuk beberapa hari sahaja sebaliknya risiko kepada alam sekitar sangat tinggi.

“Lebuhraya ini hanya sesak pada musim cuti dan perayaan, berapa harikah dalam setahun perkara sedemikian berlaku? Adakah pelebaran ini dilakukan semata-mata untuk mengurangkan kesesakan beberapa hari daripada 365 hari setahun,” katanya kepada FMT.

Ads by Kiosked

Katanya, projek berkenaan juga meningkatkan risiko bencana tanah runtuh dan banjir lumpur yang semakin kerap berlaku di kawasan sekitar lebuhraya itu.

“Peka tidak menghalang pembangunan dan kemajuan. Cuma perkara sedemikian harusnya dilakukan tanpa mengganggu dan memusnahkan khazanah alam yang kian berkurangan sekarang.

“Beberapa kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh berlaku di lebuhraya KLK sebelum ini. Bencana tersebut tidak boleh dielakkan jika pembangunan tidak lestari diteruskan tanpa kajian yang teliti,” katanya.

Damien turut menggesa kerajaan mendedahkan hasil laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) dan analisis faedah kos projek itu untuk dikaji ahli akademik dan kumpulan alam sekitar.

“Secara keseluruhannya, Peka berpendapat yang projek ini diluluskan dengan tergesa-gesa,” katanya.

Semalam Timbalan Menteri Kerja Raya, Abdul Rahman Mohamad berkata, kerajaan meluluskan peruntukan RM1.7 bilion untuk melaksanakan projek melebarkan lorong dan pembinaan satu terowong di Lebuhraya KLK, bertujuan mengurangkan kesesakan terutama pada musim perayaan.

Ads by Kiosked

Ia membabitkan pelebaran daripada tiga lorong kepada empat lorong sehala bagi Seksyen 1 dari Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi, serta penambahan dua lorong kepada tiga lorong sehala bagi Seksyen 2 dari Bukit Tinggi ke Plaza Tol Bentong. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.