PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang mengundi di DUN Anak Bukit menyifatkan jumlah keluar mengundi di kawasan itu masih rendah.
Beliau bersama isteri, Siti Hasmah Mohamad Ali, selesai mengundi di DUN Anak Bukit, pada 9.22 pagi tadi.
Justeru, beliau menasihatkan pengundi keluar beramai-ramai untuk menentukan masa depan dan hala tuju negeri dan negara.
Mahathir merupakan pengasas dan pengerusi Pejuang, namun keluar parti itu pada 10 Februari lalu.
Kerusi DUN Anak Bukit disandang Pejuang, Amiruddin Hamzah. Bagaimanapun partinya tidak bertanding pada PRN enam negeri termasuk Kedah. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.