`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 23, 2023

Hidup mewah, tapi liat bayar pinjaman Mara, kata Asyraf

 

Asyraf Wajdi Dusuki berkata melangsaikan hutang berbanding berbelanja mewah adalah prinsip utama dalam pengurusan kewangan menurut perspektif Islam.

PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan sikap peminjam yang hidup mewah, tetapi liat membayar pinjaman pendidikan sehingga sanggup merayu tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau mengingatkan peminjam, tidak salah mereka menjalani kehidupan mewah tetapi hutang perlu dilangsaikan terlebih dahulu.

“Saya nak mohon pertimbangan untuk bantu lepaskan tindakan mahkamah Mara terhadap saya. Insya-Allah saya akan mulakan bayar balik pinjaman pelajaran yang tertunggak. Demikianlah sebahagian daripada mesej yang saya terima daripada seorang hamba Allah.

“Bila saya lihat di Facebook beliau, nampak kehidupan agak bergaya dan mewah juga dengan berkenderaan mewah, tapi nak bayar balik pinjaman pelajaran liat,” tulisnya di Facebook.

Beliau berkata, semua orang perlu tahu kepentingan ilmu pengurusan kewangan peribadi dan memahami keutamaan dalam perbelanjaan supaya tidak terbeban kelak.

“Harus sentiasa beringat bahawa keutamaan melangsaikan hutang berbanding berbelanja mewah adalah prinsip utama dalam pengurusan kewangan menurut perspektif Islam.

“Ini kerana dosa tidak membayar hutang jauh lebih besar sehinggakan nabi memperingatkan dosa orang mati syahid diampunkan Allah semuanya kecuali hutang.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.