`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 26, 2023

Isu jawatan ketua akar umbi dibincang dengan KM Sabah esok, kata Ewon

 

Ewon Benedick berkata semua parti menyokong kerajaan harus mendapat tempatnya.

PETALING JAYA: Isu pengagihan jawatan pemimpin akar umbi di Sabah membabitkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka dibincangkan dalam pertemuan dengan Ketua Menteri Hajiji Noor esok.

Presiden Upko Ewon Benedick berkata pertemuan Hajiji dengan Ahli Parlimen PH itu akan berlangsung di Kuala Lumpur.

“Pada saya kita semua mesti realistik dengan kekosongan ketua kampung yang akan berlaku hujung tahun.

“Adalah berasas jika formula semua parti yang menyokong kerajaan mendapat tempatnya,” katanya Ewon selepas satu majlis di Penampang, menurut The Borneo Post.

Baru-baru ini, The Borneo Post memetik Ewon sebagai berkata, terdapat ahli Upko kononnya tidak gembira dengan pelantikan pemimpin akar umbi yang dikatakan tidak seimbang, terutama di kawasan tidak diwakili PH.

Beliau yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi berkata kerjasama antara GRS dan PH Sabah sepatutnya diterjemah dalam bentuk perkongsian kuasa, bermula dengan lantikan “ketua adat” di setiap daerah.

Upko merupakan komponen dalam PH, bersama PKR, DAP, dan Amanah.

Ewon berkata, beliau memperkenalkan “formula 60-40 perkongsian kuasa” di kawasan DUN diwakilinya, iaitu Kadamaian. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Penampang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.