`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 24, 2023

Pertahan undang-undang syariah atau PN ‘bertindak’, Hadi beri amaran

 

Hadi Awang berkata tindakan mempertahankan undang-undang syariah bukan bermakna PN mahu menafikan hak orang bukan Islam.

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Hadi Awang memberi amaran kepada kerajaan supaya tegas membela undang-undang syariah atau Perikatan Nasional (PN) akan ‘bertindak’.

Hadi (PN-Marang) berkata ketika ini ada kelompok mencabar perundangan mahkamah syariah dan perkara itu tidak boleh dibiarkan.

“(Saya) beri amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH), oleh kerana ini sentuh umat Islam, sentuh Allah, sentuh Raja-Raja dan umat Islam.

“Kalau PH tak nak bertindak kami akan. Bagaimana kami nak bertindak…tunggu dan lihat,” katanya membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Hadi yang juga timbalan pengerusi PN tidak menghuraikan lebih lanjut tindakan akan diambil mereka.

Katanya, PN akan melawan sebarang usaha yang dianggap mencabar kedaulatan undang-undang syariah di mahkamah.

“Keadaan yang munasabah. Kalau nak dibawa ke mahkamah kita pergi ke mahkamah,” katanya.

Namun tegas Hadi tindakan itu bukan bermakna PN mahu menafikan hak orang bukan Islam dan mengiktiraf kebebasan agama lain seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.