`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, October 8, 2023

Petani ditahan rogol anak tiri 11 tahun

 

Polis menahan suspek berusia 41 tahun itu pada Khamis lalu susulan laporan dibuat mangsa pada hari sama.

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki merogol anak tirinya berusia 11 tahun sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa membuat laporan pada 12.30 tengah hari Khamis lalu dan petani berusia 41 tahun itu ditahan pada hari sama.

Beliau berkata, suspek kini direman tujuh hari hingga Khamis depan.

Katanya, kanak-kanak perempuan itu memberitahu guru kaunseling di sekolahnya berhubung kejadian yang menimpanya sejak berumur sembilan tahun.

“Siasatan awal mendapati kali terakhir suspek merogol anak tirinya di pondok dalam kebun Air Ganda pada 3 petang Selasa lalu.

“Mangsa dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Taiping dan terdapat dua kesan koyakan lama pada kemaluannya,” katanya menurut Harian Metro sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.