`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, October 8, 2023

Selangor tak cadang kutip caj lawat bangunan warisan

 

Gedung Raja Abdullah di Klang antara bangunan bersejarah yang diwartakan kerajaan Selangor. (Gambar Majlis Perbandaran Klang)

PETALING JAYA: Selangor tidak bercadang mengenakan caj kepada pelawat bangunan warisan yang diwartakan kerajaan negeri.

Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri, Borhan Aman Shah berkata antara bangunan bersejarah yang diwartakan kerajaan Selangor adalah Gedung Raja Abdullah di Klang.

Katanya, kerajaan Selangor dalam proses dokumentasi untuk mewartakan beberapa lagi bangunan warisan lain seperti Hospital Kusta dan warisan kapal korek di Dengkil.

“Kerajaan negeri memandang serius bangunan warisan kerana kita tidak mahu ia pupus jika tidak mengambil langkah-langkah untuk mewartakan bangunan tersebut,” katanya menurut Sinar Harian pada Festival Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya D’Desa @ Selangor di Dataran Nakhoda malam tadi.

Ketika ini, katanya, hanya Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati, Kuala Selangor mengenakan caj RM3 kepada pelawat, dengan tiket perkhidmatan trem dikendalikan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Beliau berkata, muzium permainan itu mengenakan bayaran mulai Jun lalu akibat kos tinggi penyelenggaraan dan peralatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.