`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 20, 2023

Sindiket seleweng minyak masak bersubsidi tumpas

 

Keadaan dalam premis di Klang, di mana bungkusan plastik minyak masak paket 1kg dipotong untuk dibotolkan semula dan dijual pada harga pasaran minyak masak bukan bersubsidi. (Gambar KPDN)

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket dipercayai menyeleweng minyak masak bersubsidi dengan menukar bungkusannya untuk dijual pada harga bukan bersubsidi.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata aktiviti itu dikesan di sebuah premis di Taman Pandamaran Permai, Pelabuhan Klang menerusi serbuan semalam.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai menggunakan modus operasi membeli minyak masak paket bersubsidi 1kg, memotong bungkusan plastiknya untuk dipindahkan ke tangki “Intermediate Bulk Container” (IBC), sebelum dibotolkan semula dan dijual mengikut harga terkini minyak masak bukan bersubsidi.

Katanya, pasukan penguat kuasa menemui lapan tong IBC berisi minyak masak dan 250 kotak minyak masak paket 1kg bersubsidi dalam premis itu.

“Sebanyak 11,050kg minyak masak dan beberapa peralatan yang digunakan seperti pam penyedut minyak, hos getah, pelantar besi, gunting dan beberapa dokumen perniagaan disita bagi tujuan siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM43,545,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Subseksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Katanya, siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti individu atau syarikat dan rantaian pengedaran minyak masak itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.