`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, November 10, 2023

Peniaga didenda RM1,500 miliki 41 senjata tiruan tanpa kebenaran

 

Hamdihafizi Ab Karim, 33, didapati bersalah mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini. (Gambar Bernama)

MELAKA: Seorang peniaga barangan hobi didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini kerana memiliki 41 pucuk senjata tiruan tanpa kebenaran.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Hamdihafizi Ab Karim, 33, selain memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Hamdihafizi dituduh memiliki 41 pucuk senjata tiruan iaitu pistol, raifal dan senapang patah, selain busur dan “ball bearing” tanpa kebenaran sah di sebuah premis di Lot 86, Jebat Street Klebang, pada 10 malam 14 Ogos lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda maksimum RM5,000.

Hamdihafizi, yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya, memohon denda paling minimum kerana hanya bekerja sebagai peniaga barangan hobi.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin memohon hukuman setimpal agar menjadi pengajaran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.