- Johor to set up rehab centre for LGBTQ people
- centre will be the first of its kind in the country.
- to “rehabilitate” same-sex relationships for going against Islamic teachings
- in the process of preparing assets in the office
- male and female trainee dormitories
- fully operational by July next year
Conversion therapy
consists of psychological treatment or spiritual counselling to change a person’s sexual orientation from homosexual or bisexual to heterosexual, is widely seen by the medical and scientific community as potentially harmful and a form of pseudoscience.
The practice is opposed and has been legally challenged, or even banned, in countries such as Australia, Brazil, Chile, China, Ecuador, Israel, Lebanon, Malta, South Africa, Switzerland, the United Kingdom and the United States.
My Comments :
Saya nak tanya sedikit kemusykilan - dalam 1,400 tahun sejarah Islam pernah kah ada kes di mana para ustad berjaya "pulihkan" LGBTQ dengan guna kaedah agama?
Serupa juga dalam 1,400 tahun sejarah Islam tidak ada satu kes pun tercatat di mana seorang wanita yang dirogol dan menjadi hamil akibat rogol itu berjaya melepaskan diri daripada tuduhan zina di mahkamah syariah dengan berjaya membawa empat orang saksi laki-laki yang solih yang telah menyaksikan wanita itu dirogol dengan mata kepala mereka sendiri dan menyaksikan rogol itu berlaku seperti "batang celak masuk ke dalam botol celak".
Isu LGBTQ memerlukan kaedah saintifik pakar psikoloji, pakar psikiatri yang mengkaji tingkah laku manusia secara saintifik dan menggunakan rasional.
Saya kurang yakin orang yang menghadapi isu LGBTQ boleh "dipulih" dengan kaedah agama sebab para ustad dan lebai kurang kepakaran dalam hal-hal seperti ini.
Kakitangan "male and female trainee" yang bakal duduk di dormitories di pusat rehab maksudnya mereka pemegang jawatan rendah (gred rendah). Bukannya pakar perubatan, pakar psikiatri atau psikioloji yang mempunyai kelulusan ijazah.
Negara kita langsung tidak mempunyai track record mengguna kaedah agama atau suruh LGBTQ baca Yassin, sembahyang lima waktu, baca kitab agama dsbnya yang berjaya pulihkan LGBTQ.
Yang anehnya ustad pun ada yang terlibat perangai luar tabii ini.
Tentu sekali begitu ramai ustad yang ditangkap atas tuduhan liwat ini mesti tahu agama, mereka tahu sembahyang, tahu baca Quran, kitab dsbnya. Tetapi mereka terlibat juga dengan tabii serupa itu. "Kepakaran" agama tidak melindungi mereka daripada amalan luar tabii.
Satu lagi isu yang boleh merumitkan keadaan adalah isu undang-undang negara.
Apakah LGBTQ yang bakal "di-tahan" di pusat rehab LGBTQ ini orang tahanan yang telah melalui proses mahkamah? Jika mereka orang tahanan bukankah mereka patut dipenjarakan ikut undang-undang yang sedia ada (samada undang2 sivil atau enakmen syariah).
Untuk mereka dimasukkan dalam pusat rehab LGBTQ apakah peruntukan undang2 sivil atau enakman syariah yang membenarkannya?
Dari segi undang-undang rehab itu bukan hukuman penjara.
Jadi kalau bukan hukuman penjara bagaiman pula seseorang itu boleh dipaksa untuk menjalani "pusat rehab" LGBTQ?
AG's Chambers sila ambil perhatian sekarang juga dan jangan tunggu sampai duit besar sudah dibelanja (duit rakyat pula itu) untuk membayar kontrak pusat rehab dsbnya lepas itu baru nak kaji isu legal atau bukan legal dsbnya.
Inilah antara sebabnya Puan Nik Elin Nik Rashid membawa isu kemusykilan undang2 agama di peringkat negeri untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Puan Nik Elin (gambar di atas) minta Mahkamah Persekutuan putuskan kemusykilan isu undang2 syariah di peringkat negeri yang bertindih dengan undang2 sivil negara. Serta isu undang2 syariah peringkat negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya ada sedikit cadangan untuk menangani rehab LGBTQ.
Percayalah skim untuk wujudkan pusat rehab LGBTQ di Johor ini tidak akan ke mana pun. Bukan saja di Johor tetapi di sebarang negara dalam dunia ini. It will not work.
Hanya duit rakyat yang akan dibazir untuk membayar kontrak itu dan ini untuk wujudkan pusat rehab LGBTQ ini.
Saya cadangkan kita ambil pendekatan peri kemanusiaan atau humane methods untuk membantu rehab LGBTQ. Dahlah mereka itu sudah buat salah, sudah berdosa dsbnya tetapi kita mengambil pendekatan sanggup membantu mereka, sanggup bekerjasama dengan mereka secara sukarela untuk mereka yang inginkan bantuan kita. (Sebab mungkin juga mereka akan cuba pendekatan lain dengan cara sendiri atau dengan penglibatan keluarga mereka dan tidak perlukan bantuan orang lain).
Mereka boleh diberi insentif seperti menghadiri kaunseling secara sukarela dalam suatu suasana yang baik, tanpa tension, tanpa marah, tanpa ancaman dsbnya. Dengan sesi mesra pelanggan, boleh berjumpa pakar psikoloji yang boleh nasihati mereka. Secara sukarela. Tidak ada paksa.
Tidak perlulah belanja duit rakyat berjuta Ringgit untuk mewujudkan pusat rehab yang siapa pun tidak tahu menahu akan berkesan atau tidak sebab belum pernah ada pusat rehab LGBTQ bukan saja di Malaysia tetapi mungkin di seluruh dunia.
Atau samada pusat rehab itu mematuhi atau akan bercanggah dengan undang2 negara.
Sekurang-kurangnya tunggulah sampai kes Puan Nik Elin selesai dulu.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.