`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, March 27, 2024

Sri Aman diisytihar kawasan jangkitan rabies

 

Sebanyak 78 kes rabies pada manusia dengan 71 kematian dicatatkan sejak wabak itu diisytiharkan di Sarawak pada Julai 2017.

KUCHING: Sri Aman menjadi bahagian terbaharu di Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan rabies selepas Kuching, Samarahan, Serian dan Bintulu, kata Timbalan Premier Amar Douglas Uggah Embas.

Katanya, sehingga hari ini jumlah kematian keseluruhan adalah 71 daripada 78 kes rabies pada manusia sejak wabak itu diisytiharkan di Sarawak pada Julai 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) itu berkata pengisytiharan itu telah dimaklumkan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Stephen Rundi Utom kelmarin susulan kes positif rabies haiwan baharu dikesan di bahagian itu, baru-baru ini.

“Sebanyak 29 kawasan masih kekal sebagai kawasan jangkitan rabies walaupun tiada haiwan positif rabies dikesan di kawasan tersebut pada tahun ini.

“Pengisytiharan ini adalah perlu bagi memastikan lebih banyak usaha membasmi rabies di bahagian terjejas oleh agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Kawalan dan Pembasmian Rabies 2024-2025 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.