`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, March 31, 2024

PRK KKB: ‘Belum muktamad’, kata DAP Selangor berkait spekulasi letak calon wanita Melayu

 

Ng Sze Han berkata DAP dan parti dalam kerajaan perpaduan telah bersedia berdepan PRK Kuala Kubu Baharu.

PETALING JAYA: DAP Selangor masih belum memutuskan senarai pendek calonnya untuk mewakili Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu di sebalik khabar angin mengatakannya bakal menampilkan seorang wanita Melayu.

“Belum muktamad,” kata Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han kepada FMT mengulas spekulasi itu.

Sumber memaklumkan FMT, wanita yang memegang jawatan ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor itu antara calon berpotensi bakal diketengahkan DAP pada PRK diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Pada PRN Ogos tahun lalu, Lee dari DAP yang mewakili kawasan itu sejak 2013 menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

DUN Kuala Kubu Baharu yang terletak di bawah Parlimen Hulu Selangor merangkumi 46% pengundi Melayu diikuti Cina (30%), India (18%) and lain-lain (5%).

Parlimen Hulu Selangor dikuasai PN pada PRU15 yang turut menawan DUN Hulu Bernam dan Batang Kali.

Mengulas sama ada jumlah pengundi Melayu yang ramai akan menjadi faktor DAP mempertimbangkan meletakkan calon Melayu, Ng berkata: “Semua wakil rakyat kerajaan perpaduan mewakili seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, begitu juga calon bakal bertanding.”

Beliau yang juga exco Selangor berkata DAP dan parti dalam kerajaan perpaduan telah bersedia berdepan PRK itu.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita PH Juwairiya Zulkifli berharap calon wanita terus dikekalkan mewakili gabungan itu pada PRK terbabit bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Lee.

“Saya secara peribadi sokong calon wanita dikekalkan untuk terus perjuangan Lee.

“Kita akan cadang kepada pucuk pimpinan tetapi terpulang kepada DAP kerana mereka yang bertanding dan mewakili PH di kerusi itu,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.