`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 19, 2024

Kemasukan pelancong China, India naik 78.2% susulan pelan liberalisasi visa

 

Free Malaysia Today
Mengikut rekod pelancong di luar negara Asean yang paling ramai masuk ke Malaysia adalah China dan India.

BANGKOK: Pelan liberalisasi visa merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2% dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, kementeriannya memantau pelan itu sejak dilaksanakan Disember tahun lalu dan mendapati rekod ini amat menggalakkan dengan peningkatan sebanyak 861,000 orang untuk Januari, Februari dan Mac.

“Mengikut rekod pelancong di luar negara Asean yang paling ramai masuk ke Malaysia adalah China dan India. Peningkatan pelancongan dari kedua-dua negara itu dijangka akan menjana kepada unjuran nilai sebanyak RM6 bilion bagi semua rangkaian termasuk perhotelan, pengangkutan, restoran dan semua,” katanya dalam ucapan di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama menteri dalam negeri, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, pelancongan merupakan sektor yang rancak dan perlu disokong dengan kemudahan-kemudahan yang baik untuk menyambut kehadiran yang ramai.

“Disebabkan itu kita tidak boleh ada kesesakan di pintu sempadan masuk Malaysia dan kita tidak boleh lagi guna kaedah pakai ‘stamp’ pasport. Kita perlu ada kaedah yang memudahkan pelancong yang ingin memasuki negara dengan cara yang betul dan selamat,” katanya.

Beliau berkata, KDN sememangnya kini ke arah “face recognition” atau “barcode” bagi memudah dan mengelakkan kesesakan di pintu sempadan.

“Sekiranya kita boleh selesaikan keadaan di pintu sempadan masuk ke negara khususnya di Tambak Johor dengan Singapura dengan kemasukkan 350,000 “pelancong harian” maka kita boleh menjadi sempadan pintu masuk negara yang kedua paling sibuk di dunia selepas Amerika dengan Mexico,” katanya.

Saifuddin berkata, menjadi sasaran KDN untuk menyelesaikan keadaan di semua pintu masuk sempadan negara, dan sedang bergerak ke arah memudahkan – bukan lagi kekal dengan cara lama dan mengharapkan hasil lebih baik.

“Di Tambak Johor, kita ada 25 agensi untuk mengawal pintu masuk ke negara berbanding Singapura yang hanya mempunyai satu iaitu ICA (Immigrations and Checkpoints Authority). Jadi kita sedang memikirkan rang undang-undang untuk melahirkan satu agensi yang kita akan panggil sebagai “Malaysia Control Border Protection Agency” untuk menguruskan kawalan pintu masuk negara,” katanya.

Terdahulu, Saifuddin yang dalam lawatan kerja tiga hari di Bangkok, Thailand mengadakan mesyuarat dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Varawut Silpa-archa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.