`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 17, 2024

Selangor, UKM buat kajian kemudahan perumahan awam lebih 15 tahun

 

Borhan Aman Shah berkata kajian kemudahan perumahan awam dibuat untuk meningkatkan tahap penyelenggaraan bagi jangka panjang.
Borhan Aman Shah berkata kajian kemudahan perumahan awam dibuat untuk meningkatkan tahap penyelenggaraan bagi jangka panjang.

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melakukan kajian berhubung masalah kemudahan di perumahan awam berusia lebih 15 tahun di negeri itu bagi mencari penyelesaian jangka panjang.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah, berkata kajian itu dibuat supaya pihaknya dapat menggantikan kemudahan asas yang usang dan meningkatkan keselesaan hidup penduduknya.

Katanya, walaupun penyelenggaraan kerap dijalankan di perumahan milik kerajaan tetapi mungkin ada kemudahan yang tidak lagi sesuai pada masa kini dan memerlukan tambah baik termasuk dengan penggunaan teknologi.

Free Malaysia Today
Borhan Aman Shah.

“Kalau lihat rekod di Selangor atau Malaysia, kita di antara negeri atau negara dalam Asean dapat menangani masalah perumahan yang agak tinggi, tetapi kini hanya membabitkan langkah jangka pendek sahaja.

“Bagi memastikan keselesaan jangka panjang, kajian dengan kerjasama UKM dibuat untuk melihat masalah di kawasan perumahan berusia 10-15 tahun yang kita terlepas pandang,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, Borhan berkata Selangor dalam perbincangan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menambah jumlah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk menampung keperluan semakin mendesak.

Menurutnya, keperluan itu termasuk untuk membantu golongan susah yang tiada rumah sehingga menyebabkan ada antaranya tinggal dalam kereta dan tidur tepi jalan.

“KPKT minta kita sediakan tanah sekurang-kurangnya 5 atau 10 ekar untuk bina rumah PPR, kalau siap boleh sewa kepada golongan ini dengan sewa RM100 lebih sebulan.

“Mungkin mereka boleh dibantu dengan sewa bulanan dibayar Jabatan Kebajikan Masyarakat atau zakat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.