`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 18, 2024

‘Tunggu tindakan’, pihak Hamzah sangkal ‘audio fitnah’ dikaitkan dengan adik

 

Hamzah Zainudin-Tuan Ibrahim
Pegawai Hamzah Zainudin sangkal audio tular yang dikaitkan dengan adik pemimpin Bersatu itu, manakala Tuan Ibrahim menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘pelik’.

PETALING JAYA: Pihak Hamzah Zainudin menyangkal audio tular yang dikaitkan dengan adik beliau, berhubung dakwaan pemimpin PAS mengambil wang milik Bersatu.

Setiausaha sulitnya, Ahmad Ikhwan Fadhli, menyifatkan audio tersebut “audio fitnah yang direka” bagi melaga-lagakan pemimpin Perikatan Nasional.

Menurut pegawai kepada setiausaha agung Bersatu itu, tiada seorang pun adik Hamzah terlibat dalam politik.

“Ini fitnah jahat daripada pihak yang defisit nilai moral lebih-lebih lagi ketika kita baru sahaja menyambut Syawal yang mulia,” katanya di platform media sosial, X.

Ikhwan turut menegur media yang tidak membuat semakan terlebih dahulu, menyifatkan ia sebagai sesuatu yang malang.

“Tunggu tindakan seterusnya,” katanya.

Sejak semalam tular suatu rakaman suara di TikTok mendakwa pemimpin PAS tertentu antara individu yang mengambil wang milik Bersatu.

Menurut laporan media, individu yang membuat dakwaan itu didakwa adik kepada Hamzah.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menafikan dakwaan beliau mengambil duit Bersatu.

“Ini dakwaan terpelik di dunia,” katanya, lapor media. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.