`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 7, 2024

KPKT kenal pasti 18 lokasi bangun loji sisa pepejal kepada tenaga

 

Nga Kor Ming
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, berkata Malaysia kini akan mengadaptasi teknologi yang paling canggih setanding di Eropah, China, dan Jepun. (Gambar Bernama)

JITRA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenal pasti 18 lokasi bagi pembangunan loji sisa pepejal kepadsa tenaga (WTE) di seluruh negara sebagai kaedah baharu pengurusan sisa pepejal.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata pembangunan loji itu yang menjadi hala tuju baharu negara dalam menguruskan sisa pepejal akan menggunakan teknologi canggih dan terkini yang telah terbukti berjaya di beberapa negara Eropah selain China dan Jepun.

“Hala tuju kementerian pada masa akan datang ialah tukar sisa buangan kepada tenaga dan menjadi tunai. Ini akan menjadi hala tuju kerajaan untuk memastikan supaya bukan saja kita mesra alam, sampah yang telah pun dibuang boleh dijadikan tenaga boleh diperbaharui.

“Malaysia kini akan mengadaptasi teknologi yang paling canggih selepas belajar daripada kesilapan orang lain,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Projek Inisiatif Hijau Pemuliharaan Alam Sekitar bagi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Paya Kemunting.

Sementara itu, Nga berkata Projek Inisiatif Hijau Pemuliharaan Alam Sekitar itu bertujuan untuk mengurangkan kewujudan tapak pelupusan tidak sanitari selaras dengan pewartaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif tersebut telah dilaksanakan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Paya Kemunting yang disiapkan pada 1 Sept tahun lalu dengan kos keseluruhan berjumlah RM13 juta dan merupakan tapak pelupusan tidak sanitari ke-175 yang dihentikan operasi dan telah ditutup di seluruh negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.