`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 7, 2025

Ustaz Yusri Bakir calon BN untuk PRK Ayer Kuning

 


BN mempertaruhkan Setiausaha Umno Bahagian Tapah Dr Yusri Bakir, berusia 54 tahun sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Menurut biodatanya, Yusri memiliki ijazah kedoktoran dalam pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan mengetuai Jabatan Pendidikan Islam sebuah maktab perguruan di Ipoh.

Dia juga pengerusi sebuah badan amal pendidikan kanak-kanak di Tapah.

Pengerusi BN Perak Saarani Mohamad membuat pengumuman itu pada majlis di Tapah, Perak hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi BN bersama Presiden MCA Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC M Saravanan.

Pimpinan parti kerajaan perpaduan turut kelihatan, antaranya Presiden Amanah Mohamad Sabu serta pemimpin PKR Saifuddin Nasution dan Nurul Izzah Anwar.



PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tapah pada 22 Feb lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam menang dengan majoriti 2,213 undi dalam persaingan lima penjuru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian dilaksanakan pada 26 April.

Bagi pengundian awal, SPR menetapkan ia berlangsung pada 22 April.



- Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.