`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, September 8, 2025

Ibu Zara Qairina lantik pakar tulisan sendiri

Pasukan peguam sudah memohon kepada Mahkamah Koroner untuk membenarkan pakar hadir buat pemeriksaan.

zara qairina
Peguam mewakili ibu Zara Qairina Mahathir berkata masih terlalu awal untuk menilai isu kandungan dokumen yang dikemukakan di inkues hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Pasukan peguam mewakili ibu Zara Qairina Mahathir melantik pakar tulisan sendiri bagi memeriksa dokumen yang dikaitkan dengan pelajar itu.

Jurucakap, Rizwandean M Borhan, berkata pihaknya sudah memohon kepada Mahkamah Koroner untuk membenarkan pakar mereka hadir membuat pemeriksaan ke atas 21 dokumen berkenaan.

Beliau menegaskan masih terlalu awal untuk menilai isi kandungan dokumen berkenaan, dan belum dapat dipastikan bahawa tulisan-tulisan itu ditulis oleh mana-mana pihak yang dikenali ataupun oleh Zara Qairina.

Rizwandean menambah dokumen asal baru sahaja dibuka oleh saksi daripada Jabatan Kimia tadi.

“Kalau dilihat tadi pun, keterangan saksi hanyalah berhubung spesimen contoh tulisan,” katanya, lapor Harian Metro, selepas prosiding inkues kematian Zara Qairina hari ini.

“Dia tidak mengatakan dengan pasti tulisan itu milik siapa kerana beliau hanya menerima dokumen untuk diperiksa.”

Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia, Nurul Atiqah Mohd Nor memberi keterangan mengenai 21 dokumen mengandungi tulisan tangan, masing-masing 15 helaian kertas, empat buku nota dan dua buku teks sekolah.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Atiqah, dalam keterangannya kepada mahkamah, memaklumkan tulisan tangan orang lain ditemui dalam sebuah buku milik Zara Qairina. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.