Kes Pendakwah : Analisis data 30,000 gambar dalam pemacu pena ambil masa 7 hari
Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Makmal Forensik Polis berkata tempoh tersebut termasuk dua hari untuk membuka data asal gambar dalam format 'raw' diperoleh daripada sebuah telefon yang terlibat dalam kes tersebut.
beliau mengambil masa selama tujuh hari untuk menganalisis lebih 30,000 gambar yang disimpan dalam sebuah pemacu pena.
Pendakwah berhadapan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa menerusi aplikasi WhatsApp
Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.