Penghantaran itu susuli kelulusan dua loji pemprosesan daging Uruguay oleh pihak berkuasa kesihatan dan agama Malaysia pada Julai.

Kedutaan Uruguay di Malaysia berkata, penghantaran itu menyusuli kelulusan pada Julai lepas terhadap dua loji pemprosesan daging Uruguay oleh pihak berkuasa kesihatan dan agama Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu dalam tradisi lama Uruguay sebagai pengeluar daging lembu unggul.
Bagi meraikan kejayaan itu, Kedutaan Uruguay di Malaysia bersama Institut Daging Kebangsaan Uruguay menganjurkan majlis sambutan malam ini di Kuala Lumpur.
“Majlis ini menghimpunkan cef, pengusaha restoran, pengedar serta pihak berkepentingan sektor swasta untuk sesi eksklusif merasa penghantaran pertama daging lembu Uruguay di Malaysia,” kata kedutaan dalam kenyataan, lapor Bernama.
Menurut kedutaan, kehadiran mereka mencerminkan komitmen Uruguay untuk memperkukuh hubungan dengan Malaysia serta menyumbang kepada kepelbagaian pasaran daging halal tempatan.
Daging lembu dianggap sebagai Jenama Nasional Uruguay dengan warisan lebih empat abad dan reputasi sebagai pengeluar daging premium melalui amalan mampan yang membekalkan makanan kepada lebih 35 juta orang di seluruh dunia.
Uruguay mempromosikan daging lembunya di bawah piawaian ‘Kualiti Hijau’ yang menekankan kelestarian serta kaedah pengeluaran premium. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.