`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, December 28, 2025

Pemuda Umno Selangor bawa isu komen Yeo dalam mesyuarat parti

Ketuanya, Mohd Imran Tamrin berkata sayap itu akan kemuka usul rasmi dalam mesyuarat badan perhubungan negeri supaya kerjasama dengan DAP dikaji semula.

Mohd Imran Tamrin
Ketua Pemuda Umno Selangor, Mohd Imran Tamrin berkata kegagalan Setiausaha Publisiti DAP Yeo Bee Yin memohon maaf menunjukkan DAP tidak menghormati semangat kerjasama.
PETALING JAYA:
 Pemuda Umno Selangor akan membawa isu kegagalan Setiausaha Publisiti DAP Yeo Bee Yin memohon maaf di atas hantaran ‘meraikan’ keputusan rayuan tahanan rumah Najib Razak untuk dibincangkan dalam mesyuarat badan perhubungan negeri.

Ketua Pemudanya, Mohd Imran Tamrin berkata dalam mesyuarat itu Pemuda Umno Selangor akan mengemukakan usul rasmi supaya kerjasama Umno dan DAP di negeri itu dikaji dan diperhalusi semula.

“Mesyuarat badan perhubungan negeri akan diadakan dalam masa terdekat sebelum perhimpunan agung Umno yang dijangka bermula 14 Jan ini.

“Isu ini akan dibawa secara rasmi kepada Umno Selangor,” katanya kepada FMT.

Katanya, Pemuda Umno Selangor juga akan membawa isu berkenaan kepada pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor yang juga menteri besar Amirudin Shari, bagi menggesa tindakan sewajarnya diambil terhadap Yeo.

“Keengganan memohon maaf menunjukkan DAP tidak menghormati semangat kerjasama,” katanya.

Terdahulu, Umno Puchong memutuskan kerjasama dengan PH susulan kegagalan Yeo memohon maaf di atas hantaran tersebut.

Setiausahanya Mohamad Yusof Mohamed Yassin berkata berkuat kuasa serta merta tiada lagi kerjasama di peringkat Parlimen diwakili Yeo selain DUN Seri Serdang dan Seri Kembangan.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, turut mengecam kenyataan Yeo itu yang dilabelnya sebagai ‘amat kurang ajar, melampau dan langsung tidak berperikemanusian’.

Asyraf juga berkata, mungkin sudah tiba masanya Umno menilai kembali jalinan kerjasama ‘jika masih ada pihak yang tidak mahu menghargai sumbangan dan perjuangan Umno selama ini’. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.