`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Monday, September 21, 2026

Apabila Loke Siew Fook memutuskan

 Sebagai parti politik, tidak boleh dinafikan apa yang dilakukan DAP ada elemen kepentingan parti dan kelangsungan politik.

Mohsin Abdullah

Pasti bukan mudah buat PMX terima peletakan jawatan Lok Siew Fook.

Jika saya perdana menteri (sekadar perasan dan berangan) saya juga tidak mahu melepaskannya.

Ini kerana Loke is a good and hard working minister. Dan bijak. Peletakan jawatannya sebagai menteri pengangkutan is a loss to the government and by extension to the country. Suka Loke atau tidak, sayang DAP partinya atau benci DAP, begitulah realiti.

Namun letak jawatan hasrat Loke and endorsed by the DAP central executive committee. Lantas mesti dihormati.

“Kami sedar ada parti parti di luar sana menunggu DAP keluar kerajaan supaya mereka boleh cetus ketidakstabilan politik dan menyebabkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hilang sokongan majoriti kemudian bubar Parlimen.

“Ini yang diingini pihak lawan. (Jadi kami) tak mahu beri peluru kepada mereka”, kata Loke pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Sabtu.

Ertinya, menurut Loke, partinya tidak mahu ‘layan provokasi’ pihak lawan.

Provokasi pernah juga dibuat berikutan persembahan hambar DAP pada PRN Sabah, Johor dan Negeri Sembilan lalu yang ‘memaksa’ parti pimpinan Loke mengadakan sidang khas 16 Ogos lalu.

Ketika itu, provokasi juga tidak dilayan apabila majoriti perwakilan pada sidang khas itu mengundi DAP kekal dalam kerajaan.

Kali ini mesyuarat CEC pula terpaksa diadakan tiga hari lalu mengambil kira pendirian DAP terhadap keputusan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Pesekutuan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib Razak yang membolehkan bekas perdana menteri itu ditahan di rumah bagi menghabiskan baki hukuman penjaranya.

Loke selaku setiausaha agung DAP duduk dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berpegang kepada pendirian bahawa tiada siapa yang mengatasi undang undang dan sesiapa sahaja yang disabitkan kesalahan perlu menjalani hukuman mengikut lunas undang undang seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ertinya, DAP berpendirian sama dengan Majlis Presiden PH. This is obviously stating the obvious. Dan dalam tidak mahu layan provokasi pesaing-pesaing politiknya menurut Loke, ‘pada masa sama kami ada pendirian tersendiri (berhubung pengampunan bersyarat Najib) yang dizahirkan menerusi tawaran saya untuk letak jawatan’.

DAP bagaimanapun menurut Loke menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong. Bagi saya, ini boleh dieksploitasi parti lawan.

Loke menyifatkan langkah partinya sesuatu yang ‘bertanggungjawab’. Hanya beliau seorang letak jawatan, kata Loke, bagi memastikan kerajaan kekal stabil.

Tetapi jika semua anggota Jemaah Menteri dari DAP letak jawatan, ini boleh membawa risiko atau ruang kerajaan tumbang seperti yang diharapkan pihak lawan.

Oleh itu, kata Loke, CEC buat keputusan mereka kekal dalam Jemaah Menteri, ‘walaupun mereka juga sedia pada mana mana waktu, apa apa ketika (untuk melepaskan jawatan)’.

Sudah tentu golongan yang bukan peminat besar DAP tidak puas hati dengan penjelasan Loke.

Antaranya, Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh yang menyifatkan perkembangan membabitkan DAP ibarat ‘order lain, yang sampai lain’, merujuk isu Timbalan Pengerusi Kebangsaan Ng Kor Ming.

Kawan baiknya masa kini, Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Nor memperlekehkan langkah DAP, dengan berkata: “Dulu Nga kata macam tu juga, tak letak (jawatan) pun. Acah-acah tarik tali. Politik mercun papan. Pong pang ping pang lepas itu senyap.”

Menurut saya, kata-kata itu cuma preemptive move – untuk memastikan Loke letak jawatan.

Bekas Ahli Parlimen Subang dari PKR Wong Chen mempersoalkan mengapa Loke ambil tanggungjawab dan mahu letak jawatan, bukan Hannah Yeoh dan Nga.

Yeoh ialah anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan selaku menteri Wilayah Persekutuan manakala Nga pernah menyatakan akan letak jawatan menteri perumahan dan kerajaan tempatan jika Najib dibebaskan.

Untuk berlaku adil, perlu ditegaskan sekali lagi bahawa Najib diberi pengampunan bersyarat dan dizin ditahan di rumah. Ertinya, beliau ‘tidak dibebaskan’.

Manakala Yeoh menegaskan beliau telah menyatakan kepada Lembaga Pengampunan pandangannya ‘secara jujur, berterus-terang dan berlandaskan hati nurani demi kepentingan negara’, serta berdasarkan pendapat undang undang ‘setelah meneliti pendapat bertulis peguam negara’.

Apa pun kritikan, serangan dan provokasi pesaing serta pembenci DAP tercetus pantas. Lihat sahaja komen di media sosial dan ruang komen pembaca portal berita. Banyak juga berbaur perkauman.

Sebagai parti politik, tidak boleh dinafikan apa yang dilakukan DAP dan Loke mempunyai elemen kepentingan parti dan kelangsungan politik. Ada penganalis dipetik FMT berpendapat keputusan Loke mungkin tidak dapat reda kemarahan akar umbi DAP terhadap pengampunan bersyarat Najib.

Lau Zhe Wei daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dipetik berkata, peletakan jawatan beramai-ramai (yakni semua anggota Jemaah Menteri daripada DAP) ialah langkah wajar meskipun DAP tidak bertanggungjawab terhadap pengampunan bersyarat Najib.

Bagi saya, DAP telah menyatakan pendiriannya loud and clear. Ada pemerhati politik beritahu saya, “That’s a strategic withdrawal tactic from Loke and DAP to move forward and to placate the Chinese anger.

Saya setuju ia bertujuan menenangkan hati masyarakat Cina yang rata-rata yakin Najib sudah diberi pengadilan secukupnya lalu mesti pay for his crime. Berdasarkan keputusan mahkamah. Majoriti rakyat Malaysia sependapat.

Bak kata Dr Mahathir Mohamad, Najib sudah diadili oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, membabitkan sembilan hakim yang mendapati
beliau bersalah (dalam kes SRC International).

Seorang lagi pemerhati politik berkata, keputusan Loke ‘is a good move. At least good for DAP supporters‘. Maksudnya, penyokong yang bukan ahli parti. Rakyat biasa yang sokong DAP.

Yang jelas, Loke memikul tanggungjawab selaku ketua DAP.

Untuk menutup penulisan kali ini, saya petik catatan Facebook kawan lama Kassim Muhamad, seorang aktivis seni: “Lain padang lain belalang, lain pemimpin politik lain cara melihat tanggungjawab dan pertanggungjawaban. Pengundi bolehlah menilai bagaimana dan kenapa pemimpin politik kekadang tidak sama cara dan tindakannya bila berdepan dengan isu tanggungjawab.”

Memang betul, saudara. - FMT

Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.