Anak perempuan Dr Mahathir mengeluh betapa mudahnya meminta remaja mencetuskan masalah untuk bayaran RM50 sahaja.
PETALING JAYA: Anak perempuan Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina, mengeluh selepas terbaca trio yang disyaski mencetuskan kekecohan di forum “Nothing to Hide 2.0” dibayar RM50 seorang.
Beliau tertanya sama ada orang yang membayar 3 remaja itu untuk menganggu majlis PPBM akan menyelamatkan mereka.
“Tidak banyak kos untuk mendapatkan sekumpulan lelaki remaja yang bosan dan belum layak mengundi untuk menimbulkan masalah.
“Sekarang mereka sedang dalam kesulitan, adakah pembiaya mereka di sana untuk membantu mereka? Sudah tentu tidak! Boleh dikorbankan sama sekali,” kata aktivis itu di Facebook malam ini.
Portal The Malaysian Insight hari ini memetik sumber yang rapat dengan siasatan polis sebagai berkata suspek bertiga, berusia 17 hingga 19 tahun, dibayar untuk menghadiri forum itu.
Mereka juga didakwa sebahagian dari kumpulan yang berkumpul di Setiawangsa sebelum forum “Nothing to Hide 2.0” bermula pada 4.00 petang, di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.
Dilaporkan pemuda terbabit diberi kemeja T berlogo PPBM.
Dua dari 3 suspek yang kini sedang direman 4 hari merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di Shah Alam, kata ketua polis daerah Shafien Mamat pada sidang media semalam.
Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di media sosial kecewa RM50 “harga maruah segelintir anak muda kita sekarang”.
“RM50 dah mencukupi untuk buat kerja kotor untuk cederakan Tun M.
“Wahai adik adik ku, jangan gadaikan masa depan anda kerana wang. Wang itu bukan raja,” katanya di Facebook.
Ketiga-tiga suspek disiasat di bawah Seksyen 15(2)d Akta Perhimpunan Aman, Seksyen 153 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan dan Letupan dan Senjata Berbahaya.
Menurut portal itu, pemeriksaan latar belakang polis mendapati salah seorang dari suspek, berusia 18 tahun, mempunyai rekod jenayah dan terlibat dalam perbicaran rogol yang sedang berjalan.
Dr Mahathir sedang mengambil soalan dari hadirin apabila tiba-tiba 2 suar dibaling ke arahnya.
Kekecohan berlaku apabila dewan dipenuhi asap dan dikatakan kejadian tumbuk-menumbuk turut berlaku. Beberapa ahli PPBM dikatakan bergegas ke pentas untuk melindungi ahli politik berusia 92 tahun itu.
Kekecohan berlaku sejurus selepas seorang hadirin menyoal Dr Mahathir mengenai peristiwa Memali yang menyaksikan 14 orang kampung dan 4 anggota polis terbunuh dalam konfrontasi antara pihak berkuasa dan satu kumpulan agama di Kedah pada November 1985 semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri. -FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.