`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 9, 2017

SAH 1MDB TIADA WANG, TAK MUSTAHIL JANJI BAYARAN 31 OGOS JUGA BAKAL DIMUNGKIRI

Apa lagi nak dikata, kalau bukan inilah bukti paling sahih lagi nyata bahawa 1MDB sebenarnya tiada wang dalam kantungnya.
Hutang kepada IPIC berjumlah AS$603 juta atau RM2,600 juta yang sepatutnya dibayar pada 31 Julai lalu tak dapat dilaksanakan, kemudian ditangguhkan selama lima hari juga tak mampu dilunaskan.
Kini diberikan pula tarikh baru sehingga 31 Ogos. Dulu, minta tangguh lima hari konon kerana masalah teknikal, kali ini tertangguh sampai 31 Ogos, apa pula alasannya?
Kenapa tak mengaku saja duit tiada?
Tapi kali ini pun tak tahu sama ada sama bayaran boleh dilunaskan atau mungkin akan tertangguh sekali lagi.
Jika sudah dua kali penangguhan dibuat kerana tidak mampu membuat bayaran, tidak mustahil janji pembayaran pada 31 Ogos nanti juga akan dimungkiri.
Orang yang tiada wang, tapi suka berlagak macam banyak wang memang suka bertangguh-tangguh membayar hutang. Sekali dua dapat menangguh, bukanlah pelik jika mereka terus menangguhnya buat kali ketiga dan seterusnya.
Ketika IPIC memberi penangguhan selama lima hari dulu, mereka menyatakan jika tertangguh sekali lagi ia akan menyebabkan 1MDB terikat dengan obligasi tambahan yang mungkin berupa beban caj akibat kegagalan tersebut.
Oleh itu, dengan penangguhan yang agak lama iaitu sehingga 31 Ogos, sudah pasti caj tambahan yang terpaksa dibayar bukanlah kecil jumlahnya.
Jumlah RM2,600 juta yang perlu dibayar kepada IPIC itu adalah bersamaan dengan jumlah wang yang pernah mengalir masuk ke dalam akan peribadi Najib Razak sebelum ini.
Selepas bayaran pada 31 Ogos nanti, itu pun jika wang benar-benar sudah ada,1MDB perlu membayar sekali lagi dengan jumlah yang sama iaitu AS$603 juta atau RM2,600 juta kepada IPIC pada 31 Disember akan datang.
Dengan itu, 31 Ogos dan 31 Disember depan adalah tarikh yang terus mendebarkan buat kita semua, kalau pun tidak sekali lagi memalukan Malaysia di mata dunia setelah skandal 1MDB di tahun-tahun kebelakangan ini sudah banyak diperkatakan di seluruh dunia.
Hmmm…itu pun masih ada yang tak malu-malu mengaku berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda mengenai pelan rasionalinasi 1MDB.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.