AKHBAR UK Daily Mail dan akhbar Rusia melaporkan Sultan Muhammad V dan isterinya melawat sebuah klinik perancang keluarga di Jerman tidak lama selepas menikah November lalu.
Daily Mail malah melaporkan yang model Oksana Voevodina, 25, “hamil”.
Bagaimanapun, akhbar Rusia yang dipetiknya, Komsomolskaya Pravda (KP), hanya melaporkan pasangan diraja itu dilihat melawat sebuah klinik perancangkeluarga di Jerman.
“Ya, mereka sekarang berada di Jerman untuk rawatan. Butirannya, maaf, kami tak boleh beri. Menurut undang-undang Malaysia, mereka sudah berkahwin,” kata laporan memetik sumber.
Laporan lawatan itu timbul selepas dua hari Sultan Kelantan meletak jawatan selaku Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Muhammad V dikhabarkan diminta berundur selepas pernikahannya dengan Voevodina tersebar luas. Istana Negara tidak mengesahkan atau menafikan pernikahan tersebut.
Bagaimanapun, gambar majlis perkahwinan tersebut tular di media sosial dan mendapat liputan meluas media antarabangsa.
Susulan peletakan jawatan itu, Majlis Raja-Raja akan memilih Yang di-Pertuan Agong baharu. Menurut senarai giliran, Sultan Pahang, Johor atau Perak akan terpilih.
Menurut prosedur Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, pemilihan Agong baharu perlu dilakukan dalam tempoh empat minggu selepas jawatan itu dikosongkan.
– https://www.themalaysianinsight.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.