`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 24, 2019

DAP Ingin Masyarakat Melayu Keliru Dengan Status Sebenar Islam

“Mereka akan memberikan persepsi palsu kepada orang Islam bahawa agama Islam sememangnya merupakan agama rasmi perskutuan dengan berpura-pura takut Malaysia akan secara otomatik menjadi negara Islam sekiranya PAS dan UMNO berkuasa. Hakikatnya, mereka tidak ingin masyarakat Melayu-Islam bangkit menuntut agar Islam dijadikan agama rasmi persekutuan”

Raggie Jessy Rithaudeen

Masih ramai lagi di luar sana – terlalu ramai – yang menganggap bahawa Islam termaktub dalam perlembagaan persekutuan sebagai agama ‘rasmi’ persekutuan, sepertimana yang diutarakan oleh salah seorang pembaca The Third Force baru-baru ini.
Justeru, tujuan artikel ini adalah bagi menyedarkan masyarakat Melayu-Islam di Malaysia betapa perlunya kita peka terhadap peruntukan-peruntukan sebenar Perlembagaan Persekutuan agar kita mampu bergerak maju ke hadapan dan berjuang sebagai sebuah masyarakat Muslim yang berakal dan matang, bukannya jahil dan sesat.
Sedarlah, wahai saudaraku yang seagamaku, bahawa Perkara 11 Perlembagaan Malaysia tidak pernah meletakkan status rasmi pada agama Islam, tetapi sebaliknya, hanya menyatakan bahawa Islam itu merupakan Agama Persekutuan, tidak lebih dari itu.

Buruk padahnya apabila seseorang itu tersilap tafsir Islam sebagai agama ‘rasmi’ persekutuan, kerana bukan hanya tafsiran itu salah, ianya mampu menjurus kepada sebuah perjuangan yang tidak membawa apa-apa hasil selain daripada memberikan DAP peluru untuk terus memarakkan lagi gelombang Islamophobia dengan merujuk kepada kaum muslimin dan muslimat sebagai ekstremis dan Taliban.
Ketahuilah, bahawa status “Islam sebagai agama persekutuan” yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan lebih bersifat simbolik dari “conclusive” dan tidak membawa apa-apa makna yang signifikan dalam konteks perundangan memandangkan ianya sentiasa terbuka kepada tafsiran.
Hanya menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan sahaja boleh perkataan ‘rasmi’ diselitkan dalam Perkara 11 agar Islam diiktiraf sebagai agama rasmi persekutuan tanpa menggadaikan hak masyarakat bukan Islam untuk menganut agama lain.
Menerusi pindaan ini, kerajaan persekutuan mempunyai alasan yang kukuh untuk mengubal undang-undang yang ketat bagi membasmi gejala Islamophobia dengan mengenakan hukuman berat kepada mana-mana pihak yang menghina Nabi-Nabi Islam, sahabat-sahabat Nabi, agama Islam, penganut agama Islam serta budaya dan sejarah Islam itu sendiri.
Malah, Mahkhamah Persekutuan turut akan mempunyai kuasa untuk menghukum seseorang yang disabit bersalah mengembangkan fahaman Islamophobia dengan persepsi – samada secara lisan ataupun bertulis – bahawa Islam merupakan sesuatu yang buruk kepada masyarakat majmuk dan golongan Melayu-Islam merupakan golongan yang ekstremis.
Pindaan tersebut harus juga merangkumi pindaan-pindaan susulan yang mampu memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Agama Islam, untuk mengisytiharkan sesuatu gejala, kelakuan ataupun kenyataan yang melibatkan mana-mana pihak sebagai ancaman kepada status rasmi agama Islam dan Islam itu sendiri.
Selagi kesemua ini tidak dilakukan, DAP dan puak-puak yang bersekongkol dengan pucuk pimpinan parti tersebut, termasuk Nga Kor Ming dan Superman Hew, akan sentiasa mengapi-apikan semangat anti-Islam dan anti-Melayu-Islam dikalangan masyarakat bukan Islam.
Mereka turut akan memberikan persepsi palsu kepada orang Islam bahawa agama Islam sememangnya merupakan agama rasmi perskutuan dengan berpura-pura takut bahawa Malaysia akan secara otomatik menjadi negara Islam sekiranya PAS dan UMNO berkuasa.
Hakikatnya, mereka tidak ingin masyarakat Melayu-Islam bangkit menuntut agar Islam dijadikan agama rasmi persekutuan.
Sedarlah, wahai umat Allah yang dikasihi…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.